PETALING JAYA: Polis Petaling Jaya memberi tempoh selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis kepada pekerja dan syarikat untuk mendapatkan surat kebenaran bekerja serta beroperasi yang terkini daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi melalui sekatan jalan raya dan menjalankan operasi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh berkuat kuasa hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata setakat ini pihaknya memberi kelonggaran dan tidak mengeluarkan kompaun terhadap pengguna jalan raya yang masih menggunakan surat kebenaran lama.
"Kami memberi peluang tiga hari itu selaras dengan arahan Ketua Polis Selangor (Datuk Arjunaidi Mohamed) dan selepas tempoh itu, polis tidak berkompromi serta akan mengeluarkan kompaun kepada mereka yang tiada surat berkaitan.
"Pagi ini, kami mendapati masih ada menggunakan surat MITI lama dan tempoh tiga hari itu dapat digunakan orang ramai dan masyarakat untuk dapatkan surat baharu daripada MITI bagi mereka keluar bekerja dan menjalankan operasi," katanya dalam sidang media selepas operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekatan pergerakan penuh di sini hari ini.
BACA: Surat MITI perlu miliki kod QR - Bukit Aman
Semalam, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata surat kebenaran pergerakan yang dikeluarkan MITI semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini tidak boleh diguna pakai dan kesemua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh perlu membuat permohonan baharu daripada MITI.
Terdahulu, Mohamad Fakhrudin mengetuai operasi pematuhan SOP di kilang elektronik dan kilang pemprosesan makanan di Kota Damansara dan Kelana Jaya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Beliau berkata sebanyak lapan premis sektor perkilangan dan perkhidmatan diperiksa dan mendapati kesemua premis mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Selain itu, Mohamad Fakhrudin berkata pihaknya mengekalkan SJR sedia ada di kawasan plaza tol dan jalan utama, selain menyediakan 10 SJR Bergerak serta 14 pasukan penguatkuasaan yang akan melakukan pemantauan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 01 2021
Mohamad Fakhrudin berkata setakat ini pihaknya memberi kelonggaran dan tidak mengeluarkan kompaun terhadap pengguna jalan raya yang masih menggunakan surat kebenaran lama. - Gambar fail/ Bernama
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Pelabur asing jual RM1.77 bilion ekuiti tempatan Oktober 2024
Firma penyelidikan Maybank Innvestment Bank, perubahan itu didorong ketidaktentuan susulan serangan iran ke atas Israel, serta pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November.
Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut.
Kanak-kanak lelaki 2 tahun 7 bulan maut diserang anjing liar di Semporna
Polis membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini.
Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.
Tular hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek
Pihak polis akan rakam keterangan suspek dalam masa terdekat memandangkan lelaki itu sedang dapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.
Rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine masih hidup - KPN
Lee, 20, mengalami kecederaan di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan.
Remaja autistik ditemukan lemas di jeti Marina Bay
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung sekitar 7.30 pagi.
Lelaki mati dibunuh, isteri antara empat ditahan bantu siasatan
Polis terima laporan daripada isteri mangsa pada hari kejadian dengan mendakwa suaminya meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh.
Pekerja ladang ditemukan lemas ketika cari kupang
Mangsa dijumpai penduduk kampung sekitar 6.30 petang, kira-kira tiga batu dari muara Sungai Balok.
Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.
79 senjata tajam dirampas di rumah Tabib Adam
Polis turut menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai anak kandung kepada pengasas perubatan itu.
Peniaga wanita rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Mangsa diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.