Enam suspek bersenjatakan parang yang dipercayai bersembunyi di hutan Taman Rekreasi Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini semalam, dipercayai tidak lagi berada di kawasan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata ini berikutan pihaknya menemui laluan hutan menuju ke jalan raya kira-kira 400 meter dari tempat mereka terserempak dengan polis.
"Polis percaya mereka telah keluar daripada kawasan itu semasa usaha memburu mereka petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
BACA : Polis kepung enam lelaki bersenjata di Lembah Kiara
Beliau berkata ketika ini taman rekreasi berkenaan masih dibuka kepada orang awam untuk meneruskan aktiviti riadah seperti biasa.
Semalam, polis gagal menjejaki suspek yang melarikan diri ke Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr Ismail sejak pukul 5 pagi.
Keenam-enam suspek yang merupakan geng pecah rumah dan aktif di sekitar TTDI, Sri Hartamas menggunakan modus operandi yang sama iaitu memecah masuk rumah dan melarikan barang berharga.
Bernama
Thu Jun 04 2015
Enam suspek bersenjatakan parang yang dipercayai bersembunyi di hutan Taman Rekreasi Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini semalam, dipercayai tidak lagi berada di kawasan berkenaan. - Gambar fail
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Polis percaya enam suspek bersenjatakan parang keluar dari TTDI
Enam suspek bersenjatakan parang yang dipercayai bersembunyi di hutan Taman Rekreasi Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini semalam, dipercayai tidak lagi berada di kawasan berkenaan.