LUMUT: Polis percaya baki 75 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada 1 Feb lepas masih bersembunyi di kawasan sekitar Tapah dan Bidor.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ia berdasarkan maklumat daripada soal siasat dijalankan terhadap pendatang tanpa izin yang diberkas dalam Op Kesan yang memasuki hari kelima hari ini.
“Kita akan terus tumpukan pencarian di Tapah dan Bidor terutama di kawasan terpencil seperti kampung dan hutan-hutan kecil berhampiran," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Peringkat PDRM Kontinjen Perak di Plaza Tol Lekir di sini, hari ini.
Beliau berkata sekatan jalan raya (SJR) akan terus dilaksanakan di tujuh lokasi meliputi daerah Tapah, Kampar, Muallim serta Hilir Perak, dan operasi pencarian turut disertai Unit Pasukan Gerakan Udara (PGU) polis menerusi penggunaan dron dan sebagainya.
Pada 1 Feb lepas 131 pendatang tanpa izin terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh melarikan dari Depot Imigresen Sementara Bidor dalam kejadian pada 9.50 malam.
Daripada jumlah itu sehingga pagi ini, 54 pendatang telah berjaya diberkas manakala dua dilaporkan maut akibat kemalangan jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Mohd Yusri pada sidang media Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat PDRM Kontinjen Perak di Plaza Tol Lekir, Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) hari ini. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis percaya baki 75 pendatang tanpa izin lolos masih sembunyi di sekitar Tapah, Bidor
Polis percaya baki 75 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada 1 Feb lepas masih bersembunyi di kawasan sekitar Tapah dan Bidor.