Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan 14 cubaan serangan keganasan oleh kumpulan militan Daish di Malaysia.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata orang ramai hanya mengetahui serangan militan Daish adalah di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu, sedangkan banyak cubaan kumpulan itu berjaya ditangani oleh polis.
"Ramai yang tidak percaya ancaman Daish ini jelas dan wujud. Saya sudah bercakap tentang Daish sejak 2013 tetapi lepas kes pengeboman di Puchong baru ramai percaya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja mengenai 'Krisis Fahaman ISIS: Kesan, Pengaruh dan Pendekatan Pihak Berkuasa Malaysia' semasa Seminar Menangani Keganasan Ekstremisme di Universiti of Jordan di sini baru-baru ini.
Ayob Khan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan cubaan serangan yang lain.
Beliau berkata Daish banyak menggunakan media sosial semaksimum mungkin dalam merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi mereka.
"Mereka ada beribu-ribu cybertroopers...selalu membalas apa yang kita uar-uarkan. Kumpulan ini ada televisyen dalam talian yang beroperasi 24 jam.
"Mereka juga ada laman web dan Twitter yang telah disekat. Sejak pertengahan tahun 2015 sehingga sekarang, sejumlah 360,000 akaun telah disekat," katanya.
Katanya kumpulan itu juga menerbitkan majalah dalam talian 'DABIQ', dan semua ini menyebabkan pihak berkuasa juga perlu menekankan kepada media sosial untuk menanganinya.
"Mereka juga ada lima kumpulan penggodam. Ada seorang warga Kosovo yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia telah menggodam laman web sebuah syarikat dan mencuri maklumat mengenai butir-butir peribadi tentera Amerika Syarikat dan menyalurkannya kepada kumpulan IS.
"Kita tangkap dan ekstradisi ke Amerika Syarikat dan dia telah pun dibicarakan dan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara," katanya.
Ayob Khan berkata kumpulan Daish juga menggunakan 23 bahasa untuk menyebarkan ideologi mereka.
"Bagi statistik rakyat Malaysia di Syria pula adalah 27 orang lelaki, wanita (12), kanak-kanak lelaki sembilan orang, lapan kanak-kanak perempuan. Yang telah meninggal dunia 27 orang dan yang balik ke Malaysia lapan orang," katanya.
Ayob Khan berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti militan dan akan terus menjalankan operasi terhadap mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan mereka yang melangkaui garisan keselamatan akan ditangkap tanpa mengira latar belakang.
"Kita telah menahan 260 orang dari pelbagai negara kerana penglibatan dalam kumpulan militan bermula dengan empat orang pada 2013, 59 orang pada 2014, 82 (2015) dan 115 (2016).
"Bagi rakyat Malaysia yang ditahan kerana penglibatan dalam kumpulan Daish, 14 adalah tentera dengan empat daripadanya adalah komando. Tiga anggota polis kita tangkap...juga ditangkap imam masjid, pensyarah universiti dan pegawai kerajaan yang ada gelaran Datuk," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2016
![Polis patahkan 14 cubaan serangan Daish di Malaysia Polis patahkan 14 cubaan serangan Daish di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471769800_DatukAyobKhanMydin.jpg)
AYOB KHAN: Ramai yang tidak percaya ancaman Daish ini jelas dan wujud. Saya sudah bercakap tentang Daish sejak 2013 tetapi lepas kes pengeboman di Puchong baru ramai percaya. -Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Polis patahkan 14 cubaan serangan Daish di Malaysia Polis patahkan 14 cubaan serangan Daish di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471769800_DatukAyobKhanMydin.jpg)
Polis patahkan 14 cubaan serangan Daish di Malaysia
Orang ramai hanya mengetahui serangan militan Daish adalah di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu, sedangkan banyak cubaan kumpulan itu berjaya ditangani oleh polis.