SEREMBAN: Polis menerima 97 laporan membabitkan aktiviti penggodaman akaun Telegram dan disalahgunakan oleh sindiket penipuan di Negeri Sembilan dalam tempoh enam bulan sejak September tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata, akaun Telegram yang digodam itu digunakan suspek untuk menghubungi kenalan dan ahli keluarga mangsa bagi tujuan meminjam wang.
Beliau berkata suspek kemudiannya akan memberikan nombor akaun mereka untuk menerima wang pinjaman tersebut daripada mangsa.
"Modus operandinya ialah mangsa terima mesej daripada kenalan menerusi Facebook meminta menekan pautan akaun Telegram diberikan dan mangsa kemudian diminta untuk 'log masuk' ke pautan berkenaan.
"Seterusnya, mangsa menerima WhatsApp kononnya daripada kenalan yang menggunakan nombor telefon lain lalu menyuruhnya untuk masukkan suspek dalam kumpulan Telegram. Mangsa kemudian menerima lima nombor digit kod dari Telegram dan diminta menghantar semula digit kod itu kepada kenalannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Aibee berkata sebanyak 32 kertas siasatan dibuka dengan kerugian berjumlah RM114,150 sejak awal 2021 hingga Feb tahun ini membabitkan kes berkenaan.
Menurutnya, setakat ini polis telah mengenal pasti 55 akaun pelbagai bank tempatan telah digunakan oleh sindiket untuk tujuan itu.
"Berdasarkan siasatan ia dipercayai melibatkan sindiket yang beroperasi di luar negara berdasarkan pindahan wang telah dibuat ke akaun di luar negara setelah wang dimasukkan ke dalam akaun bank tempatan," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) (a) Akta Jenayah Komputer.
Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk berhati-hati apabila menerima pautan daripada mana-mana individu serta tidak sesekali memberikan sebarang nombor kod yang diterima dalam pesanan telefon bimbit kerana boleh menyebabkan akaun mereka digodam oleh penjenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) (a) Akta Jenayah Komputer. - Gambar/ techspot.com
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Penjenayah licik tidak mengaku menipu warga emas RM24,000
Mohamad Faizul Baharudin, 44 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Shariff.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
Pengurus syarikat rugi lebih RM200,000 ditipu dalam urusan jual beli balak
ACP Azli berkata kejadian bermula pada 21 Ogos 2022 apabila mangsa ditawarkan suspek membeli kayu balak dengan harga RM450,000.
Malaysia perkenal sistem Pemberitahuan Pelanggaran Data cegah penipuan
Pemberitahuan ini mesti dikemukakan oleh pengguna data yang mengalami insiden kebocoran data peribadi, termasuk ancaman penggodaman.
Tipu eKasih: Buruh sekali lagi dihukum penjara, sebat
Tertuduh yang berdepan 18 pertuduhan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000
Kesemua mereka berusia 20 hingga 47 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang berhubung enam kes penipuan.
Lelaki perdaya warga emas melalui pemohonan bantuan eKasih ditahan
Polis Perak berjaya menahan suspek berusia 49 tahun itu di perkarangan IPD Kota Setar pada 2 Julai setelah menerima 38 laporan penipuan.
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
JBPM Johor menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi
Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan
Seramai 425 orang disiasat atas kesalahan penipuan dan pengubahan wang haram.