IPOH: Polis menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak menjalankan siasatan secara telus, terhadap kes seorang kanak-kanak yang dipercayai mati akibat kecuaian pihak taska, di Bandar Baru Sri Klebang di sini seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan satu video berdurasi 30 saat di Facebook milik Sathruhan Manian pada Selasa, berhubung dakwaan itu yang menarik perhatian masyarakat umum.
"Pihak polis memandang serius terhadap dakwaan tidak berasas dan penyebaran maklumat palsu melalui media sosial, oleh pemilik akaun Facebook tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Yahaya berkata satu laporan mati mengejut telah dibuka, bagi menyiasat kematian kanak-kanak berusia empat tahun itu selepas menerima laporan mengenai kejadian lemas pada 18 April lepas.
Beliau berkata pihaknya telah menyiasat kes itu secara teliti, dan berjaya memperolehi arahan pertuduhan terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas kejadian berkenaan di Mahkamah Majistret di sini esok, di bawah Seksyen 33(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.
"Kita telah menahan seorang wanita berumur 58 tahun, yang merupakan guru besar taska berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini dan akan didakwa esok," katanya.
Terdahulu tular video di media sosial tindakan pasangan ibu bapa kanak-kanak itu berjalan kaki tanpa kasut dengan memegang sepanduk, mengundang perhatian netizen apabila memaklumkan berbuat demikian demi menuntut keadilan kematian anak mereka pada April lepas.
Mereka berjalan kaki dari Bandar Baru Sri Klebang ke IPD Ipoh, dengan membawa sepanduk Justice For Thanes.
D. Nilaveni, 40, yang merupakan ibu kepada mangsa mendakwa pusat jagaan kanak-kanak itu cuai ketika menjaga V. Thanes Nair, pada hari pertama mangsa dihantar ke situ.
Kanak-kanak itu dilaporkan lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam renang yang terletak berhampiran premis berkenaan, sebelum meninggal dunia enam hari kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan satu video berdurasi 30 saat di Facebook milik Sathruhan Manian pada Selasa, berhubung dakwaan itu yang menarik perhatian masyarakat umum. - Gambar fail/Bernama
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ireland denda Meta 251 juta euro atas pelanggaran data Facebook
Pelanggaran itu disebabkan oleh kelemahan dalam fungsi muat naik video pada ciri 'View As' Facebook, yang mendedahkan data peribadi sensitif.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.
56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan hingga 1 Disember - Teo
Sebanyak 56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari hingga 1 Dis lepas.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.