KOTA KINABALU: Polis menafikan dakwaan dalam video yang tular di media sosial kononnya pihak berkuasa bertindak membakar rumah setinggan bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata kejadian yang menyebabkan 26 rumah setinggan hangus terbakar itu dipercayai berpunca daripada kejadian litar pintas di sebuah rumah menyebabkan rumah itu terbakar sebelum kebakaran itu merebak ke kawasan rumah lain.
Katanya litar pintas itu juga dipercayai berpunca kerana rumah pertama yang terbakar itu dijadikan satu-satunya punca untuk kabel bekalan elektrik sebelum kabel bekalan itu disambung ke rumah lain.
"Ketika itu polis berada antara 50 hingga 60 meter dari lokasi berkenaan. Polis berada di belakang kawasan itu dan polis tidak terlibat di bahagian depan (kawasan punca kebakaran) dan kebakaran itu tidak ada kena mengena dengan kawasan operasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kasim berkata polis juga memberikan penerangan kepada penduduk bahawa pihak berkuasa tidak hadir ke kawasan itu bagi membakar rumah setinggan, sebaliknya mengadakan operasi membanteras pendatang haram dan jenayah.
Beliau berkata polis telah membuat panggilan kecemasan melaporkan kejadian itu sebelum bomba tiba pada jam 12.59 tengah hari untuk memadam kebakaran.
Justeru beliau meminta pihak terlibat supaya memadam video tular yang megelirukan orang ramai itu dan menasihatkan semua pihak supaya berhati-hari dalam berkongsi maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya.
Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah berkata 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan 12 anggota dari BBP Kota Kinabalu telah berjaya mengawal kebakaran itu pada jam 2 petang.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. Pasukan penyiasat masih dilokasi dan mengalami sedikit kelewatan kerana masih terdapat wayar-wayar elektrik yang disambung secara haram," katanya dalam kenyataan berasingan.
Beliau berkata atas faktor keselamatan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menasihatkan supaya anggota berhati-hati kerana terlalu banyak penyambungan eletrik haram di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Kasim berkata polis telah membuat panggilan kecemasan melaporkan kejadian itu sebelum bomba tiba pada jam 12.59 tengah hari untuk memadam kebakaran. - Gambar fail

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.

Video 'deepfake' Prabowo jadi bahan perdaya rakyat Indonesia
Video penipuan menggunakan teknologi 'deepfake' berjaya memperdayakan ribuan rakyat Indonesia.

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Februari 2025.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.

Komen negatif media sosial ancaman halus kepada kesihatan mental - Pakar psikologi
Katanya, tindakan itu juga berupaya membuat seseorang pengguna media sosial mengambil tindakan ekstrem.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

Serangan seksual kanak-kanak: Semua pihak diseru amal kawal selia kendiri dalam pelaporan - CMCF
Semua pihak diseru memainkan peranan dalam menguatkuasakan kawal selia kendiri berhubung kes serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak.