JOHOR BAHRU: Polis menafikan dakwaan bahawa kenderaan pengiring polis digunakan untuk mengiringi seorang pemilik kilang keluar dari kawasan premisnya di Skudai, semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sebaliknya pihaknya hadir bagi mengawal kekecohan yang berlaku di lokasi berkenaan.
"Polis Johor menafikan video tular menerusi aplikasi TikTok berkaitan pihak polis memberi kebenaran menggunakan kenderaan pengiring polis untuk eskot pemilik sebuah kilang di Skudai keluar dari kawasan kilangnya.
"Hasil semakan mendapati, kira-kira 12.30 tengah hari semalam telah berlaku kekecohan di hadapan kilang tersebut melibatkan beberapa individu," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebar berita tidak sahih kerana boleh mengelirukan masyarakat dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.
Orang awam atau saksi, katanya diminta tampil membuat laporan sekiranya mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular beberapa video menerusi TikTok memaparkan seorang individu mempersoalkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi pemilik kilang yang juga wanita didakwa berasal dari Kemboja itu meninggalkan kilangnya ketika kekecohan berlaku, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sebaliknya pihaknya hadir bagi mengawal kekecohan yang berlaku di lokasi berkenaan. - Gambar fail
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
"Terima kasih Stadium Shah Alam untuk segala memori yang tercipta."
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Polis nafi iring pemilik kilang di Skudai
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sebaliknya pihaknya hadir bagi mengawal kekecohan yang berlaku di lokasi berkenaan.
Lebih 400 sekolah mohon khidmat pengiring ambil wang BAP di bank
Polis Perak menerima lebih 400 permohonan daripada sekolah untuk mendapatkan pengawal pengiring bagi mengambil wang bantuan awal persekolahan (BAP) di bank.
Tiada 'rider' digunakan sewaktu di luar urusan rasmi - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli masih berpegang kepada prinsip tidak perlu perkhidmatan polis pengiring atau rider untuk ahli Jemaah Kabinet, melainkan ia adalah untuk urusan rasmi.
Polis iring Thaksin dan Yingluck atas faktor keselamatan
Penugasan mengiringi kedua-dua individu itu dilakukan kerana mereka dikenali ramai dan orang berkepentingan.
Hanya individu dalam senarai khas dibenar guna polis pengiring - Hamzah
Hanya individu dalam senarai khas dibenarkan menggunakan khidmat polis pengiring dan perlu mendapat kebenaraan Ketua Polis Negara kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
PM keluar kenderaan rasmi periksa polis pengiring kemalangan
Kejadian dilaporkan berlaku di Pekan Benut, Pontian sekitar pukul 10.50 pagi.
Bukan sekat, tapi bantu 'buka jalan untuk ambulans, kata Pejabat Menteri WP
Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan hari ini menjelaskan laporan yang mengatakan konvoi menteri berkenaan menyekat perjalanan sebuah ambulans di Jalan Istana di sini, Rabu lepas, seperti tular melalui
Henti perkhidmatan polis pengiring Mahathir tindakan tepat - Nazri
Menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Dr Mahathir sendiri memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.
Ingkar arahan polis pengiring boleh dikenakan tindakan - Khalid
Pihak yang ingkar kepada arahan polis pengiring bagi orang kenamaan utama termasuk enggan memberi laluan boleh dikenakan tindakan.