Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengetahui punca kejadian sehingga menyebabkan kematian bayi berumur lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi segera tampil bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan namun pelbagai cerita tersebar termasuk Adam Rayqal dikatakan 'digoncang' sebelum dihentak di kepala oleh suspek yang juga pengasuhnya belum dipastikan kesahihannya oleh polis.
Justeru, beliau berkata satu lagi pasangan yang turut menghantar dua anak mereka untuk diasuh oleh suspek wanita itu akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.
"Apa saja keterangan kita akan nilai. Difahamkan, Adam Rayqal dihantar ke rumah pengasuhnya sekitar pukul 12.30 tengah hari (Selasa) dalam keadaan sihat dan daripada situ, kita akan kumpul apa saja keterangan sehinggalah bayi itu ditemui mati.
"Kita akan tengok laporan rasmi perubatan oleh Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan dan ketua-ketua polis daerah.
Mazlan berkata pemeriksaan polis mendapati suspek, 33, dan rakan serumahnya berumur 36 tahun yang bekerja sebagai pegawai bank tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
BACA: Sebak, ibu mahu pangku Adam Rayqal dan enggan naik ambulans
BACA: Bayi 'diculik' dijumpai mati dalam peti sejuk pengasuh
Pada Selasa lepas, Adam Rayqal dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama lewat malam hari kejadian.
Susulan itu, pengasuhnya dan seorang lagi wanita ditahan pada hari sama dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian bayi berkenaan.
Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung kepala.
BACA: Meruntun hati! Netizen sayu lihat tangisan ibu Adam Rayqal
BACA: 'Insya-Allah, Adam Rayqal tunggu kami di syurga' - Bapa
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 06 2018
Mazlan (gambar) berkata pemeriksaan polis mendapati suspek dan rakan serumahnya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. - Gambar fail
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Pengasuh Adam Rayqal didakwa
Pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemui mati di dalam peti sejuk didakwa di mahkamah sesyen di sini, hari ini, atas dua tuduhan.
Polis mohon sesiapa ada maklumat kes bunuh Adam Rayqal tampil bantu siasatan
Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan namun pelbagai cerita tersebar termasuk Adam Rayqal dikatakan 'digoncang' sebelum dihentak di kepala oleh suspek belum pasti kesahihannya.
Sebak, ibu mahu pangku Adam Rayqal dan enggan naik ambulans
"Ibu Adam tidak mahu naik ambulans, beliau hendak pangku sendiri anaknya sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur hingga ke Kuala Terengganu."