Polis meminta individu yang membuat kenyataan berunsur menghina titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial, tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati berbuat demikian.
"Ini bukan budaya rakyat Malaysia. Guna perkataan yang tidak baik untuk menghina...polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang cuba biadab terhadap raja-raja Melayu mahupun pemimpin. Polis akan ambil tindakan sewajarnya," katanya di sini Jumaat.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di antara Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin selaku penyandang kepada Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.
Khalid berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalah guna kebebasan media sosial untuk menghina institusi raja dan juga pemimpin.
Selasa lepas, seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu itu dan wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mengulas mengenai perhimpunan yang mahu dianjur pembangkang pada 15 Jun ini, Khalid berkata pihaknya telah menerima notis pemberitahuan daripada penganjur namun polis menolak notis itu kerana tidak memenuhi syarat.
"Ya, memang kita ada terima notis daripada mereka. Tetapi kita telah tolak kerana tidak memenuhi beberapa syarat seperti tidak meminta kebenaran daripada tuan punya kawasan...jadi mereka perlu memenuhi syarat dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu mendapatkan kebenaran daripada pemilik kawasan dan pihak polis akan menerima kembali notis itu, " katanya.
Perhimpunan yang digelar "Black 505" itu dijangka diadakan di Padang Merbok di sini, yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Bernama
Fri Jun 07 2013
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Petugas kawalan keselamatan, lalu lintas Istiadat Keberangkatan Balik YDP siap diatur gerak
Polis Diraja Malaysia telah mengatur gerak segala persiapan bagi melancarkan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Panggilan palsu: 'PDRM tidak pernah minta keterangan menerusi panggilan telefon' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan palsu yang bertujuan untuk menipu mangsa.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Proklamasi Darurat: 21 kertas siasatan dibuka, 10 individu ditahan - Acryl Sani
Kertas siasatan disiasat di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (no.2) 2021 sejak ordinan itu dikuatkuasakan pada 12 Mac lepas.
Abdul Hamid perlu lapor dakwaan 'ada kartel dalam PDRM' kepada SPP - Hamzah
Kata Hamzah, Abdul Hamid tidak pernah membawa isu itu kepada SPP dan ini merupakan kali pertama beliau mendengar 'ada kartel dalam PDRM.'
Bekas KPN tamat zaman duda
Mohamad Fuzi selamat bergelar suami kepada Noraesyah dengan sekali lafaz selepas diijabkabulkan di sebuah masjid di Seri Manjung, Manjung pada jam 11 pagi, Sabtu.
"Saya sanggup kumpul tujuh dulang hati nyamuk" - Rayu Ketua Polis Negara pada JPA
Tan Sri Abdul Hamid Bador mahu berhabis-habisan banteras ancaman dadah dalam negara.
PKP: Kenaikan nilai kompaun terima pelbagai reaksi masyarakat
Rata-rata mereka yang ditemui Wakil Astro AWANI menyatakan persetujuan dan tidak kewajaran dengan menaikkan kompaun itu bagi mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin.
Macau Scam: Siasatan terhadap 29 pegawai, anggota polis hampir selesai - KPN
Siasatan kes berkenaan sudah hampir diselesaikan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman
Kes tembak anggota PGA di sempadan: Keadaan di lokasi kejadian terkawal - IGP
Kes tembak PGA di sempadan: Keadaan di lokasi kejadian terkawal - IGP