Polis berjaya mengagalkan cubaan dua warga Bangladesh mendapatkan wang tebusan setelah menculik seorang warga Rohingya di sebuah pasar raya dekat sini pada semalam selepas dua jam laporan polis dibuat.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata tangkapan terhadap suspek berjaya dilakukan selepas polis menyamar sebagai pemandu teksi untuk membayar wang tebusan.
Katanya mangsa berjaya diselamatkan selepas polis menyamar sebagai pemandu teksi membawa anak mangsa berusia 11 tahun untuk membayar tebusan yang dipersetujui iaitu wang tunai RM5,000 dan barangan kemas.
"Seorang lagi polis meniarap di tempat duduk belakang teksi itu dan kemudiannya berjaya menahan (seorang daripada) penculik warga Bangladesh itu.
"Bagaimanapun, tangkapan yang dibuat di sebuah ladang sawit berdekatan perumahan Taman Pasak Indah di sini hanya berjaya menahan seorang suspek manakala seorang lagi juga warga Bangladesh masih diburu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rahmat berkata kejadian berlaku pada kira-kira 8 malam semalam ketika mangsa yang berusia 34 tahun membuka pintu keretanya di tempat letak kereta selepas selesai membeli barangan di sebuah pasar raya.
"Mangsa didatangi dua lelaki dipercayai warga Bangladesh yang memintanya menghantar mereka ke Taman Pasak Indah di sini atas alasan tiada teksi pada waktu malam.
"Mangsa kemudiannya telah diperdayakan memandu kereta masuk ke sebuah ladang sawit di situ. Mangsa yang menyedari akan dirompak telah lari tetapi terjatuh di sebuah parit dan seorang dari penjenayah telah bertalu-talu memukulnya menggunakan beluti," katanya.
Beliau berkata dua penjenayah itu dipercayai lebih awal telah menyimpan tiga bilah parang dan satu beluti di kawasan ladang di tempat mangsa disuruh berhentikan keretanya.
Katanya suspek kemudiannya menelefon isteri mangsa meminta wang tebusan RM10,000 dan berjaya dikurangkan kepada RM5,000 berserta barangan kemas.
"Penculik memberi syarat pada isteri mangsa bahawa hanya anak sulungnya yang berusia 11 tahun sahaja yang boleh menghantar wang tebusan itu menaiki teksi atau tebusan dibunuh," katanya.
Rahmat berkata mangsa dirawat di Hospital Kota Tinggi selepas didapati patah kedua-dua kaki, patah bahu kanan, lebam di badan, dan menerima lima jahitan di kepala.
Bernama
Sat Jan 02 2016

Kejadian berlaku pada kira-kira 8 malam semalam ketika mangsa berada di tempat letak kereta selepas selesai membeli-belah. - Gambar Hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.

Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.

Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.

60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.