MELAKA: Polis Melaka menerima 48 laporan berkaitan penipuan tawaran kerja tidak wujud secara dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM700,000 dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Supt E Sundra Rajan berkata penipuan berkenaan melibatkan tawaran kerja dari syarikat jualan dalam talian yang diiklankan menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram dan WhatsApp.
Beliau berkata suspek penipuan juga menggunakan nama syarikat terkenal seperti Lazada dan Shopee bagi mengaburi kegiatan penipuan mereka.
"Modus operandi penipuan berkenaan ialah suspek menawarkan kepada mangsa untuk menjadi ejen jualan, menaikkan 'rating' perniagaan dan membantu mempromosikan peniaga secara dalam talian.
"Mangsa akan ditawarkan komisen lumayan sebanyak lima hingga lapan peratus bagi setiap tugasan yang dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sundra Rajan berkata selain itu, sindiket juga menawarkan kerja sebagai ejen pembelian yang berperanan membuat pembelian barangan dan mangsa akan diberi komisen sebanyak lapan peratus daripada harga barang yang dibayar.
Katanya kebanyakan mangsa mula menyedari diperdaya oleh sindiket tawaran kerja tidak wujud apabila wang modal dan komisen yang dijanjikan tidak diterima.
Sundra Rajan berkata kes terbaru dilaporkan melibatkan seorang eksekutif perniagaan yang mengalami kerugian sebanyak RM8,000 akibat terpedaya dengan tawaran komisen sebanyak lapan peratus sebagai ejen pembelian barang di Facebook.
Beliau berkata wanita berusia 23 tahun yang tinggal di Ayer Keroh di sini telah membuat pembayaran berkenaan sebagai modal pembelian ke akaun yang diberikan suspek membabitkan transaksi sebanyak lima kali sejak 10 Ogos lepas.
"Menerusi tawaran kerja itu, mangsa berperanan menaikkan 'rating' peniaga kecil dengan membuat pembelian barang syarikat itu untuk mendapatkan komisen sebanyak lapan peratus namun sehingga laporan dibuat pada 13 Ogos lepas, mangsa masih belum menerima semula wang modal pembelian dan komisen yang dijanjikan," katanya.
Beliau berkata sehubungan itu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh pada 13 Ogos lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Katanya orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dengan tawaran kerja yang diiklankan di media sosial atau laman sesawang dan semak nombor telefon serta nombor akaun yang diragui di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum melakukan apa-apa transaksi agar tidak menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
![Polis Melaka terima 48 laporan tawaran kerja tidak wujud Polis Melaka terima 48 laporan tawaran kerja tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628934979_PolisLogo.jpg)
Polis Melaka menerima 48 laporan berkaitan penipuan tawaran kerja tidak wujud secara dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM700,000 dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos lepas.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670573104_ZainolSamah.jpg)
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
![Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711505276_TBganjajpg.jpg)
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
![Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639225454_Katana.jpg)
Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai
Seorang wanita putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai dalam kejadian cubaan samun di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, semalam.
![Indeks jenayah di Melaka catat peningkatan - Zainol Indeks jenayah di Melaka catat peningkatan - Zainol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681371754_HukumSebatPenjara.jpg)
Indeks jenayah di Melaka catat peningkatan - Zainol
Daripada jumlah itu, jenayah samun berkawan tanpa senjata api merekodkan peningkatan paling ketara iaitu 64 kes atau 113.3 peratus.
![Deepavali: Masyarakat disaran isi borang balik kampung, VSP Deepavali: Masyarakat disaran isi borang balik kampung, VSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699409766_UnitRondaanBermoto.jpg)
Deepavali: Masyarakat disaran isi borang balik kampung, VSP
Orang ramai juga boleh memaklumkan pergerakan meninggalkan kediaman dan premis melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol.
![Polis Melaka tahan 12 individu terlibat penipuan dalam talian, rasuah polis Polis Melaka tahan 12 individu terlibat penipuan dalam talian, rasuah polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666069039_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Polis Melaka tahan 12 individu terlibat penipuan dalam talian, rasuah polis
Polis Melaka menahan 12 individu terlibat aktiviti penipuan dalam talian termasuk seorang lelaki dipercayai pengurus kegiatan itu.
![Lebih 81,000 kenderaan dijangka berada di Melaka sepanjang dua hari pertama Aidilfitri Lebih 81,000 kenderaan dijangka berada di Melaka sepanjang dua hari pertama Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681746208_TolAyerKerohMela.jpg)
Lebih 81,000 kenderaan dijangka berada di Melaka sepanjang dua hari pertama Aidilfitri
Polis Melaka menjangkakan sebanyak 81,550 kenderaan berada di jalan raya di Melaka sepanjang tempoh dua hari pertama perayaan Aidilfitri.
![Bilangan OKP di Melaka meningkat tahun lepas Bilangan OKP di Melaka meningkat tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675548662_TBZainolSamah.jpg)
Bilangan OKP di Melaka meningkat tahun lepas
Ia meliputi 932 orang di daerah Melaka Tengah, 654 orang di Alor Gajah dan 446 orang di Jasin.
![PRU15: Pertindihan nama pengundi, Polis Melaka terima lima laporan PRU15: Pertindihan nama pengundi, Polis Melaka terima lima laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665313679_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
PRU15: Pertindihan nama pengundi, Polis Melaka terima lima laporan
Polis Melaka membuka lima kertas siasatan berhubung dakwaan terdapat individu yang dihalang daripada membuat pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.
![PRU15: 46 permit kempen, satu kes khianat bendera parti lawan di Melaka PRU15: 46 permit kempen, satu kes khianat bendera parti lawan di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667880308_TBpermit.jpg)
PRU15: 46 permit kempen, satu kes khianat bendera parti lawan di Melaka
Satu kertas siasatan dibuka berhubung perbuatan khianat mencabut bendera parti lawan.