MELAKA: Polis Melaka menahan sekumpulan 17 individu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar negeri itu sejak setahun lepas.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata 11 lelaki dan enam wanita tempatan berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Tulip A' Famosa, Alor Gajah pada 25 Mei lepas.
Beliau berkata ia susulan laporan polis yang dibuat petugas TM sehari sebelumnya berhubung kecurian kabel sepanjang 1,400 meter di Jalan Pengkalan Minyak, Ayer Molek.
"Hasil pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan, polis merampas 204 batang kabel tertera nama syarikat TM Berhad serta sembilan pemotong kabel pelbagai jenama dan pelbagai peralatan mencuri kabel lain dianggarkan bernilai RM400,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya modus operandi kumpulan itu ialah menyamar sebagai pekerja kontrak TM dengan mengenakan pakaian kalis cahaya ketika melakukan kerja-kerja mencuri kabel.
Zainol berkata siasatan awal mendapati kabel yang dicuri akan dijual di kedai barangan terpakai di sekitar Melaka dan Selangor.
Beliau berkata 16 daripada mereka yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan lapan daripada mereka pula mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Katanya kesemua yang ditahan direman selama lima hari bermula 26 Mei lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Zainol berkata 11 lelaki dan enam wanita tempatan berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Tulip A' Famosa, Alor Gajah pada 25 Mei lepas. - Gambar fail/Bernama

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta
Polis menerima 58 laporan berhubung penipuan skim pelaburan mesin layan diri anjuran sebuah syarikat dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM6.7 juta.

Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM
Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor UKM Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN
Mohamad Lotfi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang imam.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu
Dua kenderaan dilihat keluar secara tergesa-gesa dari sebuah bangunan tempat letak kereta sebelum merempuh kumpulan lelaki terbabit di Brickfields, Kuala Lumpur.

Polis siasat dakwaan isteri Along Cham ditipu
Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi berhubung dakwaan kes penipuan dana.

Harith Iskander, keluarga terima ugutan bunuh
Pelawak Harith Iskander tampil membuat laporan polis apabila menerima ugutan bunuh susulan perkongsiannya berkenaan sensitiviti isu 'ham' baru-baru ini.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Polis terima tiga laporan terhadap Harith Iskander
Polis Johor menerima tiga laporan terhadap pelawak Harith Iskander yang didakwa menghina agama Islam menerusi hantaran dimuat naik di Facebook.