Polis akan memberi kerjasama kepada penganjur Bersih 5 selagi ia dijalankan mengikut peruntukan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedia membantu daripada aspek kawalan keselamatan sekiranya peraturan perhimpunan aman dipatuhi.

Beliau turut menegaskan pihak penganjur supaya mematuhi peraturan Akta APA.

Polis akan berkerjasama dengan penganjur bagi mengawal keselamatan perhimpunan aman.

BACA: Perhimpunan Bersih 5 akan dianjur, desak penyelesaian isu 1MDB

“Ya saya menasihatkan agar mereka ikut peruntukan apa, saya dah cakap sebelum ini mereka boleh, apa provide fasiliti untuk semua perhimpunan aman, tapi mereka perlu mematuhi peruntukan undang undang itu, kalau mereka patuhi peruntukan undang undang itu, insyaallah kita akan beri kebenaran,” kata Tan Sri Khalid.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada Rabu.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah pada Rabu mengumumkan untuk mengadakan perhimpuan Bersih 5.

Bersih 5
Lokasi dan tarikh perhimpunan itu bagaimanapun masih belum ditetapkan lagi.