SLIM RIVER:Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran sebelum menahan seorang lelaki yang memandu secara berbahaya dengan memecut keretanya ketika pemeriksaan di Jalan Kuala Slim, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 petang ketika pasukan pemantauan COVID-19 Balai Polis Slim River membuat pemeriksaan secara rawak di jalan tersebut.
Menurutnya, pasukan itu menahan sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki berumur 35 tahun dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, semasa pemeriksaan, suspek telah memecut laju keretanya ke arah pekan Slim River sehingga di hadapan Politeknik, Behrang.
“Pasukan Kereta Peronda (MPV) turut membantu untuk menahan suspek. Salah seorang anggota MPV telah memberi amaran supaya suspek berhenti namun di terus memecut dan cuba melanggar anggota tersebut mengakibatkan beberapa das tembakan dilepaskan dan suspek berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sulizmie Affendy berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek, polis telah menjumpai satu beg galas mengandungi plastik lutsinar, yang dipercayai untuk membungkus dadah.
Menurutnya, suspek mempunyai empat rekod kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.
Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh selain Seksyen 42(1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, suspek direman selama lima hari bermula hari ini hingga 30 November bagi membantu siasatan.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Nov 26 2020

Suspek mempunyai empat rekod kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine. -Gambar fail

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan
Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan

Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Polis Diraja Malaysia menerima maklumat terbaharu berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang membabitkan satu pautan rakaman video.

Empat lelaki diburu bantu siasatan kes serang, tetak pekerja restoran
Siasatan awal mendapati empat lelaki itu memakai topi dan penutup muka, bersenjatakan parang serta menaiki sebuah kereta warna gelap.

Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa berminat sertai pakej pelaburan Bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat, sebaik menerima satu mesej di WhatsApp.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.

Polis bongkar sindiket jadikan 'homestay' tempat simpan dadah
Antara dadah dirampas terdiri daripada pil ekstasi seberat 62.64kg syabu 20.78kg, ketamin 5.23kg, pil Eramin 5 sebanyak 1.15kg.

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Indonesia serah 700 kenderaan Maung MV3 buatan tempatan kepada tentera dan polis
Kenderaan itu sangat mudah alih, mampu dipersenjatai untuk pertempuran dan dibina untuk menyokong operasi ketenteraan dan bukan ketenteraan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.