JOHOR BAHRU:Polis terpaksa melepaskan tembakan selepas seorang lelaki yang merupakan suspek kes curi kenderaan cuba melanggar anggotanya, di Perumahan Generasi Belia Felda Sungai Sibol, Bandar Tenggara dekat Kota Tinggi, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata, kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku sewaktu sepasukan polis hendak memeriksa sebuah rumah sewa di situ.
"Polis mendapat maklumat dan hasil risikan untuk mengesan suspek di rumah sewa berkenaan, tetapi malangnya apabila cuba ditanya, suspek cuba melarikan diri dan cuba melanggar anggota dengan kenderaan," kata beliau ketika dihubungi malam tadi.
Hussin berkata berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah bahagian tayar kereta suspek.
"Tiada tembakan balas dilakukan oleh suspek dan tiada kecederaan serius juga dialami oleh suspek ketika diberkas oleh polis," katanya.
Beliau juga menafikan berlaku aksi mengejar suspek, seperti dakwaan netizen yang viral di laman sosial Facebook sejak petang semalam.
Beliau berkata daripada maklumat awal, suspek berkenaan berusia lingkungan 30an dan sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 02 2021
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata, kejadian pada jam 3 petang itu berlaku sewaktu sepasukan polis hendak memeriksa sebuah rumah sewa di situ. - Gambar hiasan
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Mahkota Ismail, bincang pelbagai isu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Arahan NADMA No.1 jadi panduan utama pengurusan bencana - Ahmad Zahid
Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 akan menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana bagi mengurangkan risiko dan impak bencana di negara ini.
Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang kontraktor terpaksa berputih mata apabila kerugian RM688,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.
PRK Mahkota: Formula terbaik kerjasama BN-PH menang PRU16
Keputusan yang diperolehi semalam menjadi petanda baik kepada parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan untuk memupuk kerjasama yang lebih erat.
Belanjawan 2025 lebih gah, saksama - PM Anwar
Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan pada 18 Oktober ini disifatkan sebagai lebih gah dan saksama.
GISB: 34 individu selesai reman akan ditangkap semula mengikut SOSMA - KPN
Seramai 34 individu yang dikaitkan dengan GISB dan telah tamat menjalani tempoh reman akan ditangkap semula di bawah Akta SOSMA.
Pesara rugi RM1.24 juta terperdaya pelaburan saham pra-IPO
Seorang pesara kerajaan kerugian RM1.24 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham pratawaran awam permulaan (IPO), pada awal Jun lepas.