KUALA LUMPUR: Seorang penganggur diberkas setelah dipercayai melarikan diri sehingga memaksa anggota polis melepaskan sembilan das tembakan di Jalan Kepong, Isnin lalu.
Suspek lelaki warga tempatan berumur 40-an itu ditahan di sekitar kawasan Kajang pada Khamis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, suspek berjaya diberkas berdasarkan risikan yang dijalankan pihaknya.
"Semakan mendapati suspek tersenarai dalam senarai individu dikehendaki dan dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah.
"Bagaimanapun suspek dipercayai tidak terlibat dalam mana-mana kegiatan kumpulan kongsi gelap," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.
Katanya, suspek direman lima hari bagi siasatan lanjut.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam)," katanya.
Menurutnya, seorang lagi rakan suspek yang terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti.
"Polis kini sedang menjalankan gerakan untuk memburu seorang lagi rakan suspek dipercayai terlibat dalam kejadian ini.
"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada media selepas ini," katanya.
Pada Isnin, suasana sekitar Jalan Kepong gempar apabila beberapa anggota polis melepaskan tembakan selepas sebuah kereta dipercayai enggan memberhentikan kenderaan apabila diarah berbuat demikian.
Kereta jenis Proton Wira dinaiki dua lelaki itu dikejar anggota polis bermula dari Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong di sini.
Suspek kemudian bertindak agresif dengan mengundurkan kereta sebelum cuba melanggar salah seorang anggota polis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 11 2023
Pada Isnin, beberapa anggota polis melepaskan tembakan selepas sebuah kereta dipercayai enggan memberhentikan kenderaan apabila diarah berbuat demikian. - Gambar/ Sinar Harian
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar
DVS telah merekodkan keterangan seorang lelaki dipercayai mendera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang.
Tular: Pemain badminton remaja kebangsaan disyaki dera anjing?
Perbuatannya sempat dirakam saksi yang kemudian memuat naik video berkenaan dan merayu agar haiwan malang itu segera diselamatkan.
Kisah imam kampung fasih bahasa Jepun
Seorang imam di Kampung Layat, Jeli yang fasih berbahasa Jepun mempraktikkan bahasa berkenaan dengan bercakap bersama rakan dan menterjemah semula bahasa itu untuk kefahaman mereka.
Bapa tengking guru tak puas hati rambut anak dipotong
Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya.
27 tahun terpisah, wanita syukur dapat peluk ibu kandung
Hampir tiga dekad terpisah dengan ibu kandung, seorang wanita tidak menyangka akhirnya dapat memeluk dan mencium ibu yang melahirkannya.
Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, empat cedera
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan tiga perempuan berusia 15 hingga 39 kini menerima rawatan di Hospital Temerloh.
Ibu OKU ditahan siasatan video tular aksi bahaya kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita OKU selepas tular sebuah rakaman memaparkan anak perempuannya yang juga kanak-kanak OKU melakukan aksi berbahaya dengan duduk di tingkap terbuka ketika kenderaan bergerak.
KPM siasat kes pelajar perempuan dibuli di Kerian, Perak
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan berkaitan kes video tular seorang pelajar perempuan dibuli di sebuah sekolah menengah, yang dipercayai di daerah Kerian, Perak.
Video tular: Lelaki didakwa curang tak mengaku bersalah pukul isteri
Lelaki yang videonya tular kerana memukul isteri dalam satu kejadian didakwa berkaitan dengan perbuatan curangnya di sebuah hotel, dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Selasa.