KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan peserta yang terlibat dalam konvoi kenderaan membantah kenaikan harga barang yang berlangsung di sekitar ibu kota pada Jumaat untuk diambil keterangan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Dellhan Yahaya berkata ia berikutan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung konvoi berkenaan.
"Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021 iaitu larangan berarak.
"Pada hari ini, sebanyak lima kenderaan dikesan memasuki daerah Dang Wangi sambil melekatkan kertas di kenderaan masing-masing yang bertulis 'rakyat tuntut tiga', 'Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kurangkan kaji lebihkan kerja', 'menteri hentikan komen tidak sensitif!', '#3 kartel / rasuah dihapuskan', '#3 kuatkuasa undang-undang'," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata konvoi berkenaan dikesan melalui Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menghala ke Kompleks Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.
"Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang sedang berkuat kuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
![Polis kesan peserta konvoi bantah kenaikan harga barang Polis kesan peserta konvoi bantah kenaikan harga barang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638552437_PDRM.jpg)
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Dellhan Yahaya berkata ia berikutan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung konvoi berkenaan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis kesan peserta konvoi bantah kenaikan harga barang Polis kesan peserta konvoi bantah kenaikan harga barang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638552437_PDRM.jpg)
Polis kesan peserta konvoi bantah kenaikan harga barang
Polis sedang mengesan peserta yang terlibat dalam konvoi kenderaan membantah kenaikan harga barang yang berlangsung di sekitar ibu kota pada Jumaat untuk diambil keterangan.