JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki melarikan diri bersama barang berharga dan wang tunai milik majikannya dianggarkan bernilai RM10,850, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada majikannya yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun pada 10.48 malam, semalam.
"Suspek yang berusia 31 tahun melarikan diri dari rumah pengadu di kawasan Taman Pelangi di sini, pada 11.21 pagi, Isnin. Ketika melarikan diri suspek memakai baju-T hitam berbelang kuning di bahagian dada dan berseluar merah.
"Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek telah melarikan diri dengan membawa sebuah beg membeli-belah warna biru dengan cara memanjat pagar di hadapan rumah," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Bagaimanapun beliau berkata kira-kira 8.43 pagi tadi, pihaknya menerima maklumat terdapat empat video berdurasi 12 hingga 30 saat dan satu kenyataan telah tular di laman Twitter menerusi akaun @mynewshub mendakwa seorang pembantu rumah didera oleh majikan.
Katanya video itu memaparkan perbualan seorang lelaki tempatan bersama seorang wanita warga asing dengan wanita itu kemudian memberi kenyataan kononnya dia didera oleh majikannya ketika bekerja sebagai pembantu rumah di Taman Pelangi.
"Pihak polis sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan. Lelaki itu membantu wanita berkenaan membuat laporan, namun hanya mengenai kehilangan pasport dan bukan berkaitan didera," kata Raub sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau pegawai penyiasat kes di talian 016-9442795.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Raub berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada majikannya yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun. - Gambar fail/FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi dilaporkan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang ibu muda bersama bayi perempuannya yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah di Felda Sungai Kelamah di sini, awal pagi semalam.

Lelaki cedera dalam kejadian tembakan di Klang
Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang pada 2.15 pagi, Jumaat lepas.

Polis tahan tiga lelaki, selesai 13 kes curi kabel
Polis percaya dapat menyelesaikan 13 kes kecurian kabel di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan penangkapan tiga lelaki tempatan di Jalan Bukit Panchor.

Remaja cedera dipukul angkara telefon bimbit
Polis menahan tiga pelajar sekolah di sekitar bandar Raub semalam kerana disyaki terlibat memukul seorang remaja lelaki hingga cedera, Jumaat lepas.

Penemuan pergelangan tangan manusia: Gaduh rebut kawasan dadah dipercayai punca kejadian
Abang Zainal Abidin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan pergaduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki berusia 26 hingga 30 tahun itu pada 11.03 pagi.

Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.

Suspek kes pukul pekerja krematorium ditahan reman
Seorang lelaki direman tiga hari kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja sebuah kremotarium di Batu Gantung, semalam.

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis
Pakaian yang dipakai oleh Zayn Rayyan, ketika mayatnya ditemukan di aliran anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai di sini telah diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Polis tahan lelaki keluar kenyataan sokong hubungan diplomatik dengan Israel
Mohd Shuhaily berkata memandangkan kes itu masih dalam siasatan, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi mengenainya.

Identiti wanita yang mayatnya ditemukan disimen dalam kolah masih belum dikenal pasti
Identiti wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang, Ahad lepas masih belum dapat dikenal pasti.