KULAI: Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melawan arus dengan memasang lampu kecemasan di Kilometer (KM) 31.2, Lebuhraya Utara Selatan menghala ke daerah ini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata terdahulu, pihaknya mengesan sebuah video berdurasi 11 saat yang tular memaparkan mengenai kejadian itu menerusi laman Facebook kira-kira 9.55 pagi.
"Susulan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kulai sedang giat mengesan pemandu terbabit.
"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke BSPT Kulai, " katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan menambah tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang sengaja melanggar undang-undang.
Dalam perkembangan lain, Tok mengesahkan pemandu lori yang ditahan berhubung siasatan melibatkan dua maut dalam kemalangan lima kenderaan di KM45.7 lebuh raya yang sama arah selatan baru-baru ini, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah serta negatif ujian air kencing.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan direman selama empat hari mulai semalam sambil menambah siasatan masih dijalankan, kata Tok kepada pemberita ketika ditemui selepas pembukaan fasiliti Johor Gateway DHL Express yang baharu, di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti seorang lagi mangsa yang rentung dijangka siap dalam tempoh dua minggu ini.
Beliau berkata sampel berkenaan diambil daripada satu keluarga yang tampil mencari ahli keluarga hilang, dipercayai lelaki sekali gus membuat ujian pemadanan DNA terhadap mayat rentung itu.
Sabtu lepas, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28 dan seorang lelaki yang identitinya belum dapat dikenal pasti maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan itu, manakala empat lagi terselamat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Tangkap layar video tular sebuah Myvi melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Polis kesan pemandu Myvi lawan arus di lebuh raya
Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melawan arus dengan memasang lampu kecemasan di Kilometer (KM) 31.2, Lebuhraya Utara Selatan menghala ke daerah ini, pagi tadi.