KAJANG: Seorang lelaki bersama keluarganya berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba kenderaan dinaiki mereka dihalang sebuah kereta lain dari arah bertentangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, risau diapa-apakan, mangsa bertindak mengundurkan kenderaan lalu memecut laju melarikan diri namun suspek terus mengejarnya.
"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali lelaki yang cuba menghalang dan menakutkan secara jenayah.
"Suspek bertindak menghimpit dan mengejar kereta mangsa supaya berhenti hingga mendatangkan bahaya kepada keluarga mangsa. Tidak dapat dipastikan motif suspek terbabit," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Detik-detik cemas itu tular selepas video rakaman kamera papan pemuka dari kenderaan dinaiki mangsa dimuat naik seorang pengguna Facebook pada Isnin.
Video berdurasi tiga minit itu memaparkan sebuah kenderaan berwarna merah secara tiba-tiba menghalang mangsa dan keluarganya di sebuah lampu isyarat sebelum berlaku kejar mengejar antara mereka.
Dalam pada itu, Mohd Zaid berkata, mangsa yang ketakutan terus memandu melarikan diri sehingga berjaya meninggal suspek di belakang.
Katanya, polis telah mengenal pasti suspek dan sedang mengesan lelaki terbabit untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh tampil ke mana-mana balai berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Fudhail Zikri di taluan 01156566511,"ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 20 2022
![Polis kesan lelaki himpit, halang kenderaan di lampu isyarat Polis kesan lelaki himpit, halang kenderaan di lampu isyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663712617_Poliskesanlelaki.jpg)
Video rakaman kamera papan pemuka dari kenderaan mangsa dimuat naik di media sosial, memaparkan sebuah kenderaan berwarna merah secara tiba-tiba menghalang kenderaan mangsa di sebuah lampu isyarat sebelum berlaku kejar mengejar. - Foto Facebook
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Polis buru pemandu lori langgar lari Polis buru pemandu lori langgar lari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718760877_TBLORILANGGARLARI.jpg)
Polis buru pemandu lori langgar lari
Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kes kemalangan berkenaan sekitar jam 4 petang.
![Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713540151_TBreman.jpg)
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
![RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/41521553184_lampujalan.jpg)
RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut
Proses penyelenggaraan itu telah bermula pada Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya sekitar November ini.
![Beri alasan lampu isyarat belum merah Beri alasan lampu isyarat belum merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686608727_TBlampuisyarat.jpg)
Beri alasan lampu isyarat belum merah
Siasatan mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Sekolah Tuanku Abdul Rahman.
![Tular video wanita halang kereta bergerak Tular video wanita halang kereta bergerak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682284575_TBvideoatular.jpg)
Tular video wanita halang kereta bergerak
Pihak polis menggesa individu tersebut supaya tampil ke IPD Port Dickson atau balai polis berdekatan bagi membuat laporan.
![Tular tumbuk pemandu, seorang lelaki ditahan Tular tumbuk pemandu, seorang lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681685436_Tulartumbukpemand.jpg)
Tular tumbuk pemandu, seorang lelaki ditahan
Suspek didakwa bertindak sedemikian akibat marah terhadap mangsa mengenai penggunaan isyarat lampu kenderaan.
![Dua remaja cedera, motosikal langgar MPV polis Dua remaja cedera, motosikal langgar MPV polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679991619_PDRM.jpg)
Dua remaja cedera, motosikal langgar MPV polis
Dua remaja cedera, motosikal langgar MPV polis
![Masih ramai enggan berhenti ketika lampu merah - JPJ Masih ramai enggan berhenti ketika lampu merah - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442323894_TrafficLight.jpg)
Masih ramai enggan berhenti ketika lampu merah - JPJ
Tahap pematuhan dan kesedaran pengguna jalan raya untuk berhenti ketika lampu isyarat merah masih rendah.
![Siasat kemalangan, jumpa mayat reput Siasat kemalangan, jumpa mayat reput](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665547753_SIASATKEMALANGANJ.jpg)
Siasat kemalangan, jumpa mayat reput
Anggota tentera berkenaan dikatakan cuba mengelak sesuatu kelibat yang melintas di hadapan keretanya, sebelum terbabas ke dalam longkang.
![Polis keluarkan 16,163 saman langgar lampu isyarat merah dalam tempoh 15 hari operasi Polis keluarkan 16,163 saman langgar lampu isyarat merah dalam tempoh 15 hari operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/81492773478_Trafficlights.jpg)
Polis keluarkan 16,163 saman langgar lampu isyarat merah dalam tempoh 15 hari operasi
Polis mengeluarkan 16,163 saman pada Operasi Khas Lampu Isyarat Merah dalam tempoh 15 hari operasi di seluruh negara bermula 15 hingga 30 Sept lepas.