KUANTAN: Polis mengesan sekumpulan lelaki yang disyaki merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan maut di kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, Temerloh dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata setakat ini, pihaknya telah menahan seorang suspek berumur 42 tahun yang mempunyai tiga rekod lampau iaitu rompak berkumpulan, mencuri dan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
Beliau berkata tiga lelaki dipercayai menolak serta menghambur kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditugaskan ke tempat kejadian, manakala seorang lelaki mendakwa dipukul lima individu kerana merakam kejadian yang menimpa anggota polis itu.
"Suspek dipercayai bertindak sedemikian terhadap anggota polis yang berpakaian seragam kerana tidak berpuas hati dan beranggapan anggota itu tidak memberi bantuan kepada mangsa kemalangan, sedangkan anggota terlibat telah melakukan tindakan sewajarnya.
"Orang awam yang didakwa dipukul lima lelaki itu merupakan pengawal keselamatan yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Insiden itu menyebabkan dia cedera di kening selain semua cermin keretanya dipecahkan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mazlan berkata kekecohan itu dipercayai bermula selepas sekumpulan individu dipercayai ahli keluarga dan rakan kepada seorang remaja lelaki berusia 20 tahun yang maut dalam kemalangan itu tiba di lokasi kejadian.
Mangsa yang bekerja di kedai besi buruk disahkan maut di lokasi akibat parah di kepala dan kaki kanan selepas motosikalnya dipercayai melanggar sisi sebuah kereta Perodua Myvi yang dikatakan membuat pusingan U di laluan garisan berkembar.
Pemandu kereta berusia 75 tahun itu, bagaimanapun tidak cedera dan siasatan lanjut berkaitan kemalangan itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakut-nakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang dan Seksyen 148 KK iaitu merusuh serta Seksyen 427 kanun sama kerana melakukan khianat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024

Siasatan lanjut berkaitan kemalangan itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar hiasan

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac
Mesir pada selasa mengesahkan akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

Polis kesan kumpulan merusuh di lokasi kemalangan di Temerloh
Polis mengesan sekumpulan lelaki disyaki merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di Temerloh.