KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pukul dalam satu klip video tular dipercayai berlaku di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, seorang pemandu kereta mengalami kecederaan di mata dan patah tulang hidung dipercayai akibat dipukul kedua-dua lelaki terbabit selepas mangsa dikatakan terlanggar seorang kanak-kanak yang sedang berjalan bersama ibunya di pasar borong berkenaan.
Dalam kejadian jam 7 petang itu katanya, mangsa sedang memandu keluar dari pasar borong tersebut, namun cermin sisi sebelah kanan keretanya dipercayai terkena kanak-kanak terbabit.
"Setelah menyedari insiden itu, mangsa terus memberhentikan kenderaannya untuk membantu kanak-kanak berkenaan.
"Dua lelaki tiba-tiba telah menumbuk dan menendang mangsa serta merampas kunci kereta miliknya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Eng Lai berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Selayang akibat kecederaan dialaminya.
"Kita telah menerima laporan daripada mangsa pada jam 11 pagi, Isnin. Kita sedang mengesan kedua-dua suspek yang terlibat bagi membantu siasatan," ujarnya.
Sebelum ini tular sebuah video berdurasi 22 saat memaparkan dua lelaki memukul seorang pemandu kereta di Pasar Borong Kuala Lumpur pada Ahad.
Eng Lai berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul 03-40482222. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 17 2022

Tangkap layar rakaman video tular berdurasi 22 saat memaparkan dua lelaki memukul seorang pemandu kereta di Pasar Borong Kuala Lumpur pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Ramanan serah elaun, gaji kepada enam surau sekitar Sungai Buloh sempena Ramadan
Ahli Parlimen Sungai Buloh serah gaji dan elaunnya kepada enam surau sekitar Parlimen diwakilnya.

Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan
FAA mengeluarkan arahan henti berlepas selama lebih sejam untuk pesawat di empat lapangan terbang Florida.

Anda kini boleh siar kandungan Telegram dengan Google Cast
Melaluinya, pengguna hanya perlu membuka video, mengetik ikon tetapan dan memilih Chromecast untuk memulakan tontonan.

CENTHRA kutuk kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, anggap satu pengkhianatan
"Keadilan tidak boleh sekadar menjadi retorik kosong. Dunia akan mengingati siapa yang berdiam diri dalam menghadapi kezaliman ini."

Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Masjid tersebut hangus dan sebahagiannya terbakar selepas operasi ketenteraan yang dilaporkan berlaku antara pukul 2 pagi dan 6.30 pagi.

Aneka kuih talam Cik Mah 'licin' dalam masa sejam
Kuih talam Cik Mah yang dijual sejak 40 tahun lepas sentiasa menjadi tumpuan peminat kuih tradisional setiap kali menjelangnya Ramadan.

12 cedera insiden tembakan di pub Toronto
Insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.

Angka korban ribut di selatan Argentina meningkat kepada 13
Angka korban akibat ribut dahsyat yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 13 orang.

Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini.

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

676 tindakan sita barangan penjaja asing sepanjang 2023 - Zaliha
Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Warga asing diberkas disyaki terlibat kes pukul di Pasar Borong KL
Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di Pusat Bandar Utara Selayang dekat sini jam 2.22 petang pada Ahad.

Polis kesan dua suspek kes pukul di Pasar Borong KL
Mangsa sedang memandu keluar dari pasar borong tersebut, namun cermin sisi sebelah kanan keretanya dipercayai terkena kanak-kanak terbabit.

Langgar SOP PKP: DBKL kompaun enam syarikat operasi melebihi had masa
tiga individu turut dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka ketika operasi pemantauan SOP dijalankan.

Peniaga dan pekerja di Pasar Borong KL kini berpakaian seragam
Hamzah Dolmat, usaha itu bagi mewujudkan suasana dalam pasar lebih kemas dan teratur, selain mudah untuk mengenal pasti kedudukan pekerja dan peniaga.

Tawaran gaji sehingga RM2,400 kepada belia tempatan bekerja di Pasar Borong KL
Khidmat pekerja tempatan di pasar borong adalah diperlukan memandangkan jumlah pekerja tidak mencukupi berikutan warga asing tidak dibenarkan bekerja di sana.

COVID-19: Peniaga, pemborong Pasar Borong KL perlu jalani saringan sebelum dibenarkan berniaga
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham berkata peniaga dan pemborong juga perlu mengemukakan keputusan ujian saringan tersebut sebelum diberikan kebenaran untuk berniaga.

PKPD ke-7: Kawalan keselamatan luar biasa di Selayang Baru
Pihak polis juga memaklumkan, pengamal media tidak dibenarkan untuk berada di luar kawasan dan di sekitar kawasan PKPD ke-7 itu.

Kenderaan peniaga dengan pas khas sahaja dibenar masuk Pasar Borong Selayang
Hanya kenderaan peniaga seperti lori, van dan pacuan empat roda yang dimiliki mereka sahaja dibenarkan melepasi sekatan polis sebelum boleh memasuki premis berkenaan.

Pasar Borong KL mula operasi hari ini dengan kawalan ketat
Pihak berkuasa akan memantau operasi pasar borong tersebut supaya peniaga mematuhi peraturan dan prosedur yang ketat bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pekerja di kawasan itu.