PENAMPANG: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan dekat sini, pagi semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam kenyataan semalam memaklumkan kedua-duanya ialah Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, dan Nicholas Chee Ping, 13.

"IPD Penampang menerima laporan berkaitan kehilangan dua remaja itu pada 10.18 pagi tadi," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Penampang menerusi talian 088-712222 atau Pegawai Penyiasat Insp Chee Yue Piew 016-666 8586.

-- BERNAMA