SEREMBAN: Polis sedang mengesan dua beradik yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari asrama secara sembunyi di sebuah sekolah di Senawang di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kehilangan pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun itu dilaporkan gurunya setelah menyedari mereka tidak hadir semasa solat subuh kira-kira pukul 6 pagi.
"Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mereka telah memanjat keluar pagar hadapan sekolah terbabit pada pukul 3.32 pagi.
"Bimbang mengenai keselamatan dua beradik tersebut, guru berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mereka dan berusaha mencari di merata tempat termasuk di kawasan sekolah, Senawang dan perhentian bas Terminal One, namun tidak menemukan kedua-duanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nanda berkata kes masih dalam siasatan dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai pelajar berkenaan boleh menghubungi Sarjan Norseli di talian 0193020511.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
![Polis kesan dua beradik disyaki hilang Polis kesan dua beradik disyaki hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51643664943_NandaMaarof.jpg)
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kehilangan pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun itu dilaporkan gurunya setelah menyedari mereka tidak hadir semasa solat subuh kira-kira pukul 6 pagi. - Gambar fail/BERNAMA
![Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720156473_DhabitahSabri.jpg)
Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah
Beliau perlu sekurang-kurangnya setahun dalam usaha meningkatkan darjah kesukaran baharu bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
![Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720156151_Paris.jpg)
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Buruh bakal bentuk kerajaan, Starmer PM baharu?
Pengundian telah berakhir dan Parti Buruh Britain diunjurkan memenangi pilihan raya umum United Kingdom (UK) dengan kemenangan besar, sekaligus menukar senario politik di UK.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024 Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720154151_tbKeirStarmerlead.jpg)
Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
Ringgit dijangka kukuh pada separuh tahun kedua 2024 - Pakar
Menurut Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, pengukuhan ini dijangka akan menarik masuk dana asing ke dalam negara yang seterusnya akan memberi impak positif kepada pasaran saham tempatan.
Proses kira undi di Parlimen Rishi Sunak sedang berlangsung
Proses pengiraan undi sedang berlangsung di Kawasan parlimen Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di Richmond, North Yorkshire, pada awal Jumaat.
![PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan
Lelaki berusia 30 an itu masih direman dan kawad cam akan dilakukan hari ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang.
![Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720153038_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
![Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705640569_TBDuaberadikhila.jpg)
Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual
Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.
![Dua beradik hilang: Seorang lelaki ditahan bantu siasatan Dua beradik hilang: Seorang lelaki ditahan bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704341270_PDRM.jpg)
Dua beradik hilang: Seorang lelaki ditahan bantu siasatan
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua beradik lelaki di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam.
![Polis kesan dua beradik hilang sejak Isnin Polis kesan dua beradik hilang sejak Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704341270_PDRM.jpg)
Polis kesan dua beradik hilang sejak Isnin
Polis sedang mengesan dua adik-beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak pagi Isnin lepas.
![Polis kesan dua beradik disyaki hilang Polis kesan dua beradik disyaki hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51643664943_NandaMaarof.jpg)
Polis kesan dua beradik disyaki hilang
Polis sedang mengesan dua beradik yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari asrama secara sembunyi di sebuah sekolah di Senawang, awal pagi tadi.