Polis mengepung enam lelaki warga asing yang melarikan diri ke Taman Rekreasi Lembah Kiara, sejurus memecah masuk dua kediaman di sekitar Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfileds, Senior Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Operasi memburu enam lelaki bersenjata sedang giat dijalankan di sekitar taman rekreasi berkenaan.

"Semua pintu masuk ke taman ditutup dan orang ramai yang berada di dalam taman tersebut telah diarah keluar," katanya.

PDRM
Semua pintu masuk ke taman ditutup dan orang ramai yang berada di dalam taman tersebut telah diarah keluar. - Foto Astro AWANI

Mengulas lanjut, Muhamad Azlee berkata anggotanya terserempak dengan enam lelaki warga asing itu ketika membuat rondaan di kawasan berhampiran kira-kira 5 pagi tadi.

“Ketika ditemui semua lelaki bersebut bersenjatakan parang dan cuba menyerang anggota polis sebelum melarikan diri ke kawasan hutan,” katanya lagi.

Semua suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan di Taman Rekreasi Lembah Kiara dan polis telah mengepung kawasan berkenaan sejak 5 pagi tadi.

Operasi memburu enam lelaki berkenaan sedang giat dijalankan.