Polis kenal pasti seorang suspek lelaki yang menyimbah asid ke arah seorang wanita di persimpangan lampu isyarat, Ampang pada Ahad.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek dikesan melalui hasil keterangan awal mangsa.
Jelasnya mangsa berusia 31 tahun itu kemungkinan buta setelah asid menyebabkan mukanya melecur 10 peratus termasuk matanya.
.
“Kami akan menyiasat. Kami tidak boleh berkata beliau yang terlibat tetapi kami ada suspek uang sudah dikenal pasti tetapi bagi kami masa untuk siasat,” katanya.
Siasatan awal mendapati mangsa masih bujang dan tiada teman lelaki.
Mangsa juga mengaku tidak mempunyai musuh.
Dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah diserang oleh dua lelaki dengan asid.
Kejadian berlaku hadapan kompleks membeli belah Ampang Point, Ampang.
Astro Awani
Tue Aug 13 2013
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kenal pasti suspek kes simbah asid
Polis berkata suspek dikesan melalui hasil keterangan awal mangsa yang berusia 31 tahun dan berkemungkinan buta setelah mukanya melecur 10 peratus.
Polis nafi terdapat pergaduhan kaum di Klang
Polis telah menafikan bahawa terdapat pergaduhan kaum di kawasan Klang.