JOHOR BAHRU: Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Ketua Polis Johor CP M. Kumar berkata pihaknya akan menempatkan 1,730 pegawai dan anggota trafik bagi melakukan pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri.
"Kita telah kenal pasti kawasan hotspot (kawasan kerap berlaku kemalangan) dan kawasan blackspot (kawasan berlaku kemalangan maut) di negeri ini.
"Kita akan tempatkan anggota polis trafik di kawasan titik panas berkenaan yang dijangkakan berlaku peningkatan kenderaan," katanya secara langsung melalui laman Facebook rasmi Polis Johor selepas Program Advokasi Polis Diraja Malaysia bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sempena Op Selamat 22/2024 Aidilfitri hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut menjangkakan peningkatan kenderaan memasuki negeri ini, termasuk dari Singapura dengan lebih 300,000 sehari bermula hari ini melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar, di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Ketua Polis Johor CP M. Kumar berkata pihaknya akan menempatkan 1,730 pegawai dan anggota trafik bagi melakukan pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri. - Gambar fail/BERNAMA
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
701 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
JSJN Pahang menahan 701 individu termasuk 22 wanita atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Ops Hawk dan Ops Tapis yang dilaksanakan di negeri itu bermula 26 Feb hingga Rabu lepas.
Bomba Kelantan kenal pasti 595 'hotspot' banjir
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 595 kawasan 'hotspot' yang berisiko berlaku banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.