ALOR SETAR: Polis Kedah meningkatkan kawalan rondaan dan menempatkan anggota di kawasan sekolah dikenal pasti bagi mengelak berlakunya kejadian culik.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan melakukan pematauan dan rondaan dua kali setiap hari iaitu pada waktu pagi dan tengah hari ketika murid pulang dari sekolah.
Beliau berkata, langkah ini perlu diambil supaya tiada kejadian penculikan berlaku di negeri ini.
Katanya, setakat ini polis telah menerima dua laporan berkaitan cubaan culik iaitu di Gurun dan Tanjung Dawai.
Namun, jelas beliau, siasatan mendapati apa yang berlaku hanyalah salah faham kerana individu yang datang mengambil pelajar itu adalah bapa saudara murid terbabit.
Wan Hassan berkata, kerjasama daripada ibu bapa ataupun penjaga perlu supaya datang awal untuk menjemput anak mereka dan tidak membiar mereka menunggu lama di kawasan hadapan sekolah.
Katanya, pihak sekolah turut disarankan supaya memasang kamera litar tertutup di hadapan sekolah dan pondok pengawal sebagai langkah keselamatan.
“Kita akan tempatkan atau buat rondaan lebih kerap terutama waktu pagi atau tengah hari waktu hantar sekolah atau petang waktu pulang sekolah sebab apa pun tindakan kerjasama daripada masyarakat sekira ternampak ada sesuatu yang mencurigakan ataupun kereta-kereta yang mencurigakan dan membuat sesuatu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku cepat-cepat hubungi polis,” kata Wan Hassan.
Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Astro AWANI di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) Kedah, di sini, hari ini.
Sementara itu, Wan Hassan turut memaklum kawalan keselamatan di sempadan turut dipertingkatkan terutama di pintu utama Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung di Padang Terap bagi mengekang jenayah penculikan dan pemerdagangan organ ini berlaku.
Jelasnya, pasukan khas turut ditubuhkan bagi memantau selain membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) di sepanjang 110 kilometer laluan sempadan Malaysia-Thailand.
“Di samping kawalan daripada PGA pasukan siasatan khas kita ataupun pasukan operasi khas kita Narkotik dan CID memang sentiasa berlegar di kawasan sempadan sekiranya kita dapat maklumat, kita akan ambil tindakan serta-merta,” kata beliau lagi.
Sehibungan itu, Wan Hassan menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebar berita yang tidak sahih lebih-lebih lagi membabitkan isu sensitif.
Beliau turut memberi amaran mana-mana individu yang terbabit dalam penyebaran berita tidak benar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mendatangkan kegusaran awam) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Sep 28 2022
Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal akan melakukan pematauan dan rondaan dua kali setiap hari iaitu pada waktu pagi dan tengah hari ketika murid pulang dari sekolah. - Gambar Astro AWANI
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House
Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan AS.
Presiden Mulino tolak kenyataan Trump tentang Terusan Panama
Presiden Mulino menolak kenyataan Presiden Donald Trump yang mendesak pemulangan semula Terusan Panama kepada Amerika Syarikat.
Polis Kedah tingkatkan kawalan di sekolah elak kejadian culik
Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal akan melakukan pematauan dan rondaan dua kali setiap hari di sekolah-sekolah.
Tangkapan suspek tular bukan libat kes culik pelajar
Video yang ditularkan adalah ketika polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki kerana menceroboh di kawasan sebuah rumah.