Polis Kedah akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan pelancong dan tempat awam yang berisiko menjadi sasaran serangan terutamanya di Bandaraya Alor Setar dan Pulau Langkawi, kata Ketua Polis Negeri Datuk Zamri Yahya.
Jelasnya, beliau turut mengarahkan semua Ketua Polis di daerah-daerah bersempadanan dengan negara jiran seperti Padang Terap, Kubang Pasu dan Pulau Langkawi memperketatkan pemeriksaan terhadap warga asing dan tempatan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daish.
"Jika dilihat pada trend serangan seperti yang berlaku di Indonesia, Khamis lalu, kumpulan ini menyasarkan kawasan tumpuan pelancong dan kedai seperti Starbucks jadi kita akan menggandakan anggota polis di kawasan tersebut selain mempertingkatkan pemantauan dan rondaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88 Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah di sini hari ini.
Zamri berkata polis Kedah juga berhubung rapat dengan polis dari Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman bagi menerima maklumat mengenai kemasukan pengganas atau elemen berkaitan Daesh di Kedah bagi membolehkan tindakan lanjut.
"Polis Bukit Aman juga bekerjasama dengan pihak Thailand serta berkongsi maklumat sekiranya terdapat pergerakan orang yang disyaki terlibat dalam kumpulan ini yang cuba masuk ke Kedah tetapi setakat ini masih tiada apa-apa maklumat.
"Kita juga minta kerjasama orang kampung untuk menyalurkan maklumat kerana mereka (anggota pengganas) sering cuba mendapatkan sokongan orang tempatan untuk menyembunyikan kegiatan mereka daripada dihidu polis," katanya.
Katanya, pihak polis turut meminta kerjasama orang awam untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa jika melihat terdapat pihak tertentu yang mencurigakan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Selasa lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di sebuah pasar raya di Sungai Petani dipercayai terlibat dengan kumpulan militan Daish, juga dikenali sebagai militan IS.
Terdahulu, Zamri menerima anugerah Darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah yang membawa gelaran Datuk daripada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88.
Bernama
Sun Jan 17 2016

ZAMRI: Kumpulan ini menyasarkan kawasan tumpuan pelancong dan kedai seperti Starbucks jadi kita akan menggandakan anggota polis di kawasan tersebut selain mempertingkatkan pemantauan dan rondaan. - Foto BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.

Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.

JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.

Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.

Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.

Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.

Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.

Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.

Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.