Polis Kedah akan memantau rapat semua madrasah di negeri itu termasuk sebarang aktiviti dan kegiatan yang dilakukan di madrasah.
Ia sebagai langkah awal supaya ideologi militan tidak dipupuk dan bertapak.
Ketegasan itu disuarakan oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya yang memaklumkan pihaknya sedang memantau setiap madrasah dan masjid di negeri itu.
Ia susulan daripada tersebarnya video “THE JIHADIST IN OUR FAMILY” yang memaparkan temubual seorang tenaga pengajar di madrasah yang menyarankan pengikutnya ke Syria untuk berjuang bersama militan.
Menurut Zamri, pihaknya akan melihat secara telus sebarang aktiviti mahupun kegiatan yang dilakukan di madrasah.
Malah, tindakan akan dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang dikenalpasti terlibat dalam aktiviti militan.
“Pihak polis Kedah secara berterusan akan terus memantau sebarang aktiviti di madrasah atau pun masjid-masjid yang berkemungkinan cenderung untuk mempromosikan fahaman militan antaranya berfahaman Islamic State (IS) yang berpusat di Syria.”
Beliau menambah tindakan yang sewajarnya akan diambil malah akan dirujuk dari segi undang-undang.
“Ini untuk mencegah dan menangkap orang yang terlibat mempromosikan fahaman sedemikian dan kita juga akan bersama dengan pihak Majlis Agama Islam Kedah bagi tindakan bersepadu dalam menangani perkara ini.
Kita minta semua pihak terutama ibu bapa supaya melaporkan pada pihak polis jika sebarang kegiatan ahli keluarga mereka yang cenderung ke arah kegiatan-kegiatan militan yang sedemikian.”
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kereta Peronda Polis MPV Kontinjen Kedah di IPK Kota Setar, Kedah, siang tadi.
Sebanyak 37 buah kereta peronda termasuk enam kereta jenis Nissan Navara diserahkan kepada setiap IPD di negeri ini.
Sementara itu, Zamri juga menggesa setiap agensi terutamanya pihak Majlis Agama Islam Kedah untuk bersama-sama memantau aktiviti tersebut daripada terus berleluasa.
Difahamkan, Madrasah Nurul Hidayah di Kuala Ketil, Kedah diasaskan bersama salah seorang bekas ahli politik, Mohd Lofti Ariffin yang meninggal dunia tahun lalu bersama pergerakan negara Islam Iraq dan Levant (ISIS) di Syria.
Video yang memaparkan Madrasah Nurul Hidayah itu turut menceritakan pengalaman Lofti yang dikatakan seorang mujahid.
Malah, temubual salah seorang saudara Lofti yang juga tenaga pengajar di madrasah itu juga menyarankan agar pelajarnya mengambil contoh daripada perjuangan Lofti itu.
Bagaimanapun, Zamri menegaskan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan ajaran pelampau yang boleh mencetuskan huru-hara dan menjejaskan keselamatan negara.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin berkata pihak polis akan memantau rapat semua madrasah di negara ini termasuk Madrasah Nurul Hidayah yang diasaskan oleh bekas ahli PAS Kedah, Mohd Lofti Ariffin.
Beliau turut berkata selain madrasah, entiti-entiti lain serta sebarang individu yang terlibat akan dipantau sekiranya didapati menghasut orang ramai supaya menyertai perang di Syria.
Astro Awani
Tue Jan 20 2015
![Polis Kedah pantau semua madrasah dan masjid bagi elak ajaran pelampau Polis Kedah pantau semua madrasah dan masjid bagi elak ajaran pelampau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/81421735765_295x200.jpg)
ZAMRI: Pihak polis akan melihat secara telus sebarang aktiviti mahupun kegiatan yang dilakukan di madrasah.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Tembakan di dewan konsert di Moscow: ISIS mengaku bertanggungjawab Tembakan di dewan konsert di Moscow: ISIS mengaku bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711161204_tbterrorattack.jpg)
Tembakan di dewan konsert di Moscow: ISIS mengaku bertanggungjawab
ISIS mengesahkan tindakannya menerusi kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh agensi berita Amaq di aplikasi Telegram.
![Asia-Pacific Roundtable ke-35 bincang isu kerjasama di sebalik persaingan Asia-Pacific Roundtable ke-35 bincang isu kerjasama di sebalik persaingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656916314_HerizalHazri.jpg)
Asia-Pacific Roundtable ke-35 bincang isu kerjasama di sebalik persaingan
Asia-Pacific Roundtable ke-35 kembali tahun ini dan akan berlangsung selama tiga hari bermula esok.
![Projek LCS perlu diteruskan, projek penting untuk Malaysia - ISIS Projek LCS perlu diteruskan, projek penting untuk Malaysia - ISIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606727348_TLDM.jpg)
Projek LCS perlu diteruskan, projek penting untuk Malaysia - ISIS
Negara telah meletakkan banyak masa dan tenaga dalam projek tersebut dan patutnya pada masa kini, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71638189911_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645345498_TBKAMALI.jpg)
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
!['Focus in Continuity: Roundtable Series': Program baharu lebih terangkum, menyeluruh di Astro AWANI 'Focus in Continuity: Roundtable Series': Program baharu lebih terangkum, menyeluruh di Astro AWANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41646036983_TBFOCUS.jpg)
'Focus in Continuity: Roundtable Series': Program baharu lebih terangkum, menyeluruh di Astro AWANI
Program tersebut akan mendalami dan mengktiraf cabaran utama yang melanda dunia serta mengenal pasti pelbagai arah aliran global yang muncul kini.
![Pulau Batu Puteh: Malaysia ada peluang nilai semula strategi - Pakar Pulau Batu Puteh: Malaysia ada peluang nilai semula strategi - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633867302_TBpulaubatuputih.jpg)
Pulau Batu Puteh: Malaysia ada peluang nilai semula strategi - Pakar
Penubuhan pasukan petugas khas berhubung kes Pulau Batu Puteh dilihat sebagai langkah baik untuk menilai semula strategi negara.
![AS tamatkan misi pertempuran di Iraq selepas 18 tahun AS tamatkan misi pertempuran di Iraq selepas 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627350373_BidenUSMustafaal.jpg)
AS tamatkan misi pertempuran di Iraq selepas 18 tahun
Presiden Demokrat itu sedang menyelesaikan misi pertempuran Amerika dalam dua perang yang dimulakan oleh Presiden George W Bush sewaktu pentadbirannya.
![Malaysia-Saudi: Kekal objektif, jangan sibuk hal lain - Penganalisis Malaysia-Saudi: Kekal objektif, jangan sibuk hal lain - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615346252_muhyiddin.jpg)
Malaysia-Saudi: Kekal objektif, jangan sibuk hal lain - Penganalisis
Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Herizal Hazri melihat signifikan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi.
![Hubungan rapat Malaysia-Indonesia berpengaruh dalam memastikan ASEAN terus mampan - Penganalisis Hubungan rapat Malaysia-Indonesia berpengaruh dalam memastikan ASEAN terus mampan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612499199_TSMYJokoWidodo.jpg)
Hubungan rapat Malaysia-Indonesia berpengaruh dalam memastikan ASEAN terus mampan - Penganalisis
Antara perkara Malaysia-Indonesia boleh lakukan ialah mewujudkan standard antarabangsa minyak kelapa sawit, dan kestabilan politik Myanmar.