Polis sedang menjejaki dua pesakit lelaki yang sedang mendapat rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang, dipercayai melarikan diri pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata, kedua-dua pesakit itu berjaya meloloskan diri ketika dikeluarkan dari bilik masing-masing, kira-kira jam 3 petang untuk minum petang.
Habibi berkata, kehilangan mereka disedari oleh salah seorang kakitangan hospital iaitu pada jam 3.45 petang, semasa pemeriksaan rutin ke atas wad.
"Suspek pertama merupakan pesalah di bawah Seksyen 14 (A) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dari Penjara Kota Kinabalu dan telah dimasukan ke wad forensik pada 10 Mei tahun lalu untuk rawatan 'mild intellectual disability', atas perintah Mahkamah Kota Kinabalu.
"Manakala suspek kedua pula merupakan pesalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dari daerah Tawau, dan telah dirujuk ke hospital itu pada 14 Jan tahun lalu atas masalah mental iaitu 'Schizophrenia'," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk segera menyalurkan kepada Inspektor Palani Nathan Pathmanathan di talian 016-412 2835 atau ke Hotline Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu 088-529220 atau di Facebook IPD Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 06 2020

Polis berkata, kedua-dua pesakit itu berjaya meloloskan diri ketika dikeluarkan dari bilik masing-masing, kira-kira jam 3 petang untuk minum petang.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Guru sekolah rendah didakwa amang seksual pelajar 13 tahun
Wen Beng Heng membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.

Polis jejaki dua pesakit loloskan diri dari Hospital Mesra Bukit Padang
Polis sedang menjejaki dua pesakit lelaki yang sedang mendapat rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang, dipercayai melarikan diri pada Jumaat lalu.