KANGAR: Polis menggagalkan cubaan sindiket dadah mengangkut 1.8 tan dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM64.8 juta dengan menggunakan lori tunda untuk menunda sebuah lagi lori yang membawa bahan itu.
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata lori tunda itu ditahan ketika operasi bersepadu melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Briged Utara, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis dan Polis Marin Perlis di sekitar Jalan Sungai Baru Simpan Empat kira-kira 4 pagi pada 19 Februari.
"Ketika rondaan ketua pasukan operasi tersebut menahan sebuah lori yang sedang menunda lori yang tertutup dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 27 guni yang setiap satu mengandungi 25 bungkusan disyaki dadah jenis syabu di dalam lori yang ditunda tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis hari ini.
Surina berkata polis turut menahan lima warga tempatan termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 29 hingga 49 tahun yang bekerja sebagai ejen kasino, tukang masak dan penyanyi kelab malam.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 dan kesemua suspek direman tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan.
"Dadah yang dibawa masuk dari negara jiran itu dipercayai akan diedar ke selatan negara untuk kegunaan lebih kurang sembilan juta penagih dan ini merupakan tangkapan terbesar," katanya dan menambah siasatan lanjut akan diadakan bagi memburu dalang sindiket.
Katanya, polis turut menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM400,000 termasuk tiga buah kenderaan, barang kemas dan wang tunai.
Surina berkata seorang suspek cuba menyogok polis dengan menawarkan wang tunai RM200,000 bagi menutup kes namun ditolak dan hal itu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata polis akan meneruskan operasi bersepadu melibatkan semua eleman Polis Diraja Malaysia bagi membanteras kegiataan pengedaran dadah yang merupakan musuh nombor satu negara yang perlu ditentang habis-habisan.
--BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis hari ini. - Bernama
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Upah RM5,000 hantar dadah hampir RM2 juta dari Semenanjung ke Miri
Dua suspek itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Kanak-kanak lelaki 2 tahun 7 bulan maut diserang anjing liar di Semporna
Polis membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini.
Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.
Tular hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek
Pihak polis akan rakam keterangan suspek dalam masa terdekat memandangkan lelaki itu sedang dapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.
Rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine masih hidup - KPN
Lee, 20, mengalami kecederaan di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan.
Remaja autistik ditemukan lemas di jeti Marina Bay
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung sekitar 7.30 pagi.
Lelaki mati dibunuh, isteri antara empat ditahan bantu siasatan
Polis terima laporan daripada isteri mangsa pada hari kejadian dengan mendakwa suaminya meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh.
Pekerja ladang ditemukan lemas ketika cari kupang
Mangsa dijumpai penduduk kampung sekitar 6.30 petang, kira-kira tiga batu dari muara Sungai Balok.
Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.
79 senjata tajam dirampas di rumah Tabib Adam
Polis turut menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai anak kandung kepada pengasas perubatan itu.