KLANG: Kehadiran anggota polis yang disangka sebagai pembeli membawa kepada penahanan empat lelaki yang memproses, menjual serta mengedar air ketum di sebuah rumah di sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang dekat sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata seorang daripada suspek juga sempat bertanya kepada anggota berkenaan berapa botol yang hendak dibeli sebelum polis bertindak memperkenalkan diri.
Cha berkata susulan itu, keempat-empat suspek berumur 30 hingga 33 tahun yang ketika itu sedang membungkus air ketum ditahan dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah sewa jenis berkembar sekitar 12.10 tengah malam hingga 2 pagi.
Katanya, serbuan hasil risikan polis itu turut menemukan sebuah stor dan tempat memproses cecair ketum di rumah tersebut selain merampas cecair disyaki ketum yang siap dibungkus berjumlah 600 liter, daun ketum 20 kilogram, cecair disyaki kodien (ubat batuk) sebanyak 583.20 liter serta peralatan memproses air ketum.
"Polis menganggarkan jumlah rampasan barangan tersebut bernilai RM12,000 dan turut disita wang tunai berjumlah RM250 disyaki hasil jualan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini hari ini.
Cha berkata hasil risikan mendapati sindiket yang beroperasi sejak enam bulan lepas itu memasarkan cecair ketum dan ubat batuk tersebut di sekitar daerah Klang.
Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 manakala tempoh reman yang tamat pada hari ini, akan disambung untuk siasatan lanjut.
Dalam perkembangan lain, Cha berkata pihaknya berjaya menumpaskan kumpulan Geng Dubuk Samun Ragut yang dipercayai terlibat dalam kira-kira 20 kes samun dan ragut di sekitar kawasan Klang Selatan, susulan beberapa siri tangkapan terhadap empat lelaki pada 9 Dis lepas.
Penahanan ke atas semua suspek berumur 26 hingga 42 tahun itu dijalankan susulan aduan seorang lelaki berusia 55 tahun di Lorong Resak, Taman Palm Grove dekat sini yang didatangi dua lelaki dipercayai suspek menaiki motosikal dari arah belakang dan meragut beg sandang pengadu lalu melarikan diri.
Katanya, ketua kumpulan samun tersebut yang berumur 40-an juga pernah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 namun masih melakukan jenayah samun dan ragut di sekitar Klang.
"Suspek berumur 40-an itu sebelum ini diletakkan di bawah pengawasan polis di Balai Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang akhirnya ditahan semula bersama tiga suspek pada Khamis lepas," katanya sambil menambah kesemua suspek kini direman hingga 19 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong (dua, kiri) menunjukkan air ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah jenis berkembar di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah pada sidang akhbar di IPD Klang Selatan, hari, ini. - Foto BERNAMA
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Polis tahan lelaki tular aniaya kucing
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan awam di Lebuhraya PLUS
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung insiden berkenaan.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut di Subang Jaya
Seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 November manakala dua lagi direman sehari.
Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.