KUALA LUMPUR: Sepasukan anggota polis dilontar mercun ketika cuba menghentikan kira-kira 200 penduduk kerana membakar bahan tersebut secara terbuka, di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.50 tengah malam dan apabila tiba di lokasi, keadaan menjadi sangat tegang dengan letupan mercun tidak terkawal dan memberi amaran agar perbuatan tersebut dihentikan, namun tidak diendahkan.
"Semasa pihak polis sedang menyuraikan orang ramai yang berkumpul, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir mengenai pihak polis yang sedang bertugas.
"Letupan dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar terhadap polis dan setelah itu orang ramai segera beredar dari kawasan itu. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis berjaya mengawal tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil, kerana menakutkan secara jenayah dan larangan ke atas pemasangan bunga api yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur, sambil menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu ingkar.
Beh meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021
![Polis dilontar mercun selepas minta orang ramai bersurai di Sentul Polis dilontar mercun selepas minta orang ramai bersurai di Sentul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620911806_balingmercun.jpg)
Satu letupan berlaku ketika anggota polis sedang menyuraikan orang ramai yang berkumpul. - Gambar/ Ihsan pembaca
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis dilontar mercun selepas minta orang ramai bersurai di Sentul Polis dilontar mercun selepas minta orang ramai bersurai di Sentul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620911806_balingmercun.jpg)
Polis dilontar mercun selepas minta orang ramai bersurai di Sentul
Sepasukan anggota polis dilontar mercun ketika cuba menghentikan kira-kira 200 penduduk kerana membakar bahan tersebut secara terbuka.