KUALA LUMPUR: Polis diarah untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan menyeluruh terhadap semua laporan polis berhubung dakwaan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang menerima mesej berunsur rasuah melalui aplikasi WhatsApp.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata selain merujuk laporan polis itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh pihak yang terlibat.
"Kementerian Dalam Negeri akan memastikan tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan jenayah, termasuk pihak yang membuat laporan polis yang palsu dan fitnah," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Dakwaan Ahli Parlimen terima tawaran rasuah, polis rujuk laporan kepada SPRM
BACA: Rasuah politik: SPRM bertemu tiga Ahli Parlimen DAP
Hari ini, SPRM dalam kenyataan dilaporkan memaklumkan telah bertemu dengan tiga Ahli Parlimen DAP berhubung dakwaan ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
SPRM menyatakan pihaknya memandang serius mengenai dakwaan beberapa Ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah oleh sesetengah pihak untuk menyokong kerajaan PN.
Antara yang dilapor menerima mesej itu adalah Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Utara Wong Kah Woh dan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 09 2021
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata selain merujuk laporan polis itu kepada SPRM, siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh pihak yang terlibat. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.