Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilapor telah membebaskan 14 daripada 17 warga Indonesia yang menceroboh sempadan Malaysia di Pulau Sebatik, Tawau.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman yang mengesahkan perkara itu berkata mereka dibebaskan semalam di sempadan Indonesia-Malaysia.
Beliau berkata pembebasan itu dibuat ekoran permohonan maaf pihak Polis Republik Indonesia (POLRI) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).
"Selepas permohonan maaf, beberapa faktor turut dipertimbangkan dalam membebaskan mereka, antara lain hubungan diplomatik yang telah lama terjalin serta memorandum persefahaman sempadan kedua-dua negara," katanya.
Yang ditahan Jumaat lalu itu terdiri daripada 17 warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat anggota tenteranya kerana dipercayai menceroboh masuk sempadan di Pulau Sebatik, Tawau dengan membawa senjata api.
Salehhudin berkata tiga lagi orang awam yang turut menceroboh masih ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen.
"Mereka masih ditahan bersama seorang suspek warga Indonesia yang dikehendaki POLRI berhubung kes bunuh anggota TNI," katanya.
Pencerobohan dilapor dilakukan kerana mereka dipercayai mahu mengecam dan mengambil semula seorang suspek kes bunuh anggota tentera republik itu, yang ditangkap PDRM pada 10 Mac.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim sebelum ini dilapor sebagai berkata tindakan itu menyalahi undang-undang kerana mereka memasuki Malaysia tanpa melalui prosedur imigresen yang betul selain membawa masuk senjata api.
Bernama
Sun Mar 15 2015

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilapor telah membebaskan 14 daripada 17 warga Indonesia yang menceroboh sempadan Malaysia di Pulau Sebatik, Tawau.
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu ditahan
Pihak berkuasa Turkiye pada Rabu menahan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, hanya beberapa hari sebelum beliau dicalonkan sebagai calon presiden.
Rakyat Israel berarak di luar parlimen kecam Netanyahu
Berang dengan tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memimpin negara, ribuan rakyat mereka tampil protes di jalanan dengan melaungkan 'Netanyahu diktator'.
Malah, mereka turut mengharapkan pentadbiran pimpinan Netanyahu tumbang kerana gagal melindungi rakyat, sehingga membiarkan nasib tebusan tanpa hala tuju.
Malah, mereka turut mengharapkan pentadbiran pimpinan Netanyahu tumbang kerana gagal melindungi rakyat, sehingga membiarkan nasib tebusan tanpa hala tuju.
Penduduk Gaza terpaksa pindah selepas diusir oleh Israel
Rata-rata penduduk buntu apabila menerima arahan yang memaksa mereka meninggalkan tempat perlindungan mereka.
Proses bawa masuk warga Palestin: Kerajaan kenakan pemantauan, syarat keselamatan ketat - Fahmi
Kerajaan akan mengenakan pemantauan rapi serta syarat keselamatan yang ketat terhadap 15 warga Palestin yang bakal ditempatkan di negara ini, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.
Undang-undang langkah terakhir jika ibu bapa gagal patuh dasar pendidikan wajib sekolah menengah
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, langkah ini diambil berdasarkan iktibar daripada pengalaman dalam menguruskan dasar pendidikan wajib sekolah rendah sebelum ini.
Kerajaan setuju Ocean Infinity teruskan operasi pencarian bangkai MH370
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kelulusan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk meneruskan operasi pencarian dan memberikan penutup bagi keluarga waris MH370.
Tiada keputusan hari ini, hujahan pendakwaan pada Khamis
Mahkamah rayuan memaklumkan tiada keputusan dibuat pada hari ini berhubung rayuan kes Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikaitkan dengan dana ARMADA.
Suami isteri antara tiga suspek disyaki buat tuntutan palsu RM8.4 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sepasang suami isteri dan seorang pengarah syarikat disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM8.4 juta.
Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Mac ini terhadap dua suspek lelaki telah dikeluarkan Majistret Nabila Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Mac ini terhadap dua suspek lelaki telah dikeluarkan Majistret Nabila Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Polis selesai rakam keterangan lima individu terbabit video tular
Polis selesai merekod keterangan lima individu bagi membantu siasatan berkaitan rakaman video membabitkan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, hasil siasatan mendapati, video berkenaan dimuat naik sebagai tanda sokongan dan keadilan kepada Zayn Rayyan.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, hasil siasatan mendapati, video berkenaan dimuat naik sebagai tanda sokongan dan keadilan kepada Zayn Rayyan.
Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kawalan sempadan sentiasa diperketat, elak suspek jenayah bolos - Polis
Muhamad Zaki Harun berkata, kawalan sempadan yang ketat berjaya menumpaskan cubaan sindiket yang mahu membawa masuk dadah ke negeri ini.

Perdana Menteri minta Vietnam selesaikan isu pencerobohan nelayan dengan segera
Isu berkenaan semakin membimbangkan kerana sejak kebelakangan ini nelayan Vietnam bukan sahaja menceroboh, malah ada bertindak agresif dan provokatif.

APMM tahan 13 nelayan asing, rampas peralatan bernilai RM1.5 juta
APMM memandang serius isu pencerobohan nelayan asing dan akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di Zon Maritim Malaysia.

18 nelayan warga asing ditahan ceroboh perairan negara
Kesemua mereka yang berusia 17 hingga 55 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Tuduhan pencerobohan, pembukaan tanah di Hutan Simpan Kekal Sungai Panjang
PKPS akan mengambil tindakan undang-undang termasuk tuntutan saman fitnah terhadap pihak terbabit dalam masa terdekat.

Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjutkan
Perintah Berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan hingga 1 Mac depan.

Dua rumah terlibat tanah runtuh di lereng bukit di Papar
Rumah tidak berpenghuni, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Abang rempuh polis berang adik ditahan
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang sedang menjalankan tugas.

Nelayan Vietnam baling bom petrol, diesel, rempuh bot Maritim Malaysia sebelum ditembak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan terpaksa melepaskan tembakan ke arah satu daripada dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara selepas pasukan keselamatan itu dibali

PKPB: AKSEM Kelantan siap sedia hadapi kemasukan PATI
Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kelantan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku kemasukan pendatang tanpa izin terutama rakyat negara jiran yang kembali ke negara ini untuk bekerja.