IPOH: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang tular melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Plaza Tol Ipoh Utara, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan satu artikel berhubung kejadian itu dengan tajuk 'Motosikal lawan arus dirakam ketika siaran langsung FB' pada Ahad.
Menurutnya, siasatan awal mendapati rakaman tersebut diambil pada 2 Julai antara jam 11 dan 11.15 pagi ketika siaran langsung seorang wartawan di lokasi yang membuat liputan situasi pergerakan pulang pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidiladha.
"Pihak polis memandang serius kejadian ini kerana ia menunjukkan masih terdapat pengguna jalan raya melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab sehingga mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, mahu pun pengguna jalan raya lain.
"Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.
"Jika sabit kesalahan di bawah peruntukan undang-undang ini, seseorang pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000," katanya kepada pihak media hari ini.
Justeru, kata Yahaya, polis turut meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, DSP Koo Boon Kuat, di talian 016-4173222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, media melaporkan, sebuah motosikal dirakam bergerak melawan arus ketika siaran langsung Facebook Sinar Harian di Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara pada Ahad.
Kenderaan tersebut ditunggang seorang lelaki dari arah susur keluar Plaza Tol Ipoh Utara menuju masuk ke lebuh raya berkenaan.
Tindakan itu menyebabkan beberapa kenderaan membunyikan hon menegur perbuatan lelaki tersebut, namun tidak diendahkan.
Aida Aziz
Mon Jul 03 2023
Motosikal ditunggang seorang lelaki dirakam melawan arus di Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara, Ipoh pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Polis kesan individu terbabit kes pukul, tular di media sosial
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan mengesahkan satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian terbabit.
Penjenayah dikehendaki ditemui mati ditetak
Mangsa yang berusia 34 tahun dikenal pasti mempunyai 12 rekod jenayah lampau, termasuk dua kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.