KUALA LUMPUR: Polis memburu dua lelaki warga asing disyaki melarikan wang tunai AS$30,000 (RM132,870) milik seorang lelaki yang bercadang melakukan penukaran wang di depan sebuah restoran di Ampang Point di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata siasatan mendapati seorang daripada suspek berjumpa mangsa atas urusan penukaran mata wang Dolar Amerika Syarikat dengan mata wang Ringgit Malaysia dan dijanjikan keuntungan RM15,000.
Beliau berkata setelah persetujuan dicapai, mangsa yang berusia 30-an mengeluarkan bungkusan berisi mata wang Dolar Amerika Syarikat daripada beg sandangnya namun tiba-tiba dirampas oleh suspek sebelum melarikan diri ke arah sebuah kenderaan dipercayai jenis Toyota Vios.
"Suspek melarikan diri menggunakan kenderaan itu yang dipandu seorang lelaki tidak dikenali mangsa yang menunggu berhampiran tempat kejadian. Suspek juga meninggalkan sejumlah mata wang Ringgit Malaysia yang disyaki palsu," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Mohamad Farouk berkata mangsa mengenali suspek melalui rakan yang bersamanya ketika kejadian namun mangsa tidak pernah bertemu dengan suspek sebelum itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merompak berkumpulan tanpa senjata dan boleh dihukum penjara sehingga tempoh 20 tahun serta dikenakan sebatan.
"Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaan bagi kesalaham memiliki mata wang kertas palsu dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata siasatan mendapati seorang daripada suspek berjumpa mangsa atas urusan penukaran mata wang Dolar Amerika Syarikat dengan mata wang Ringgit Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Polis buru dua lelaki larikan wang tunai lebih RM130,000
Mohamad Farouk berkata mangsa mengenali suspek melalui rakan yang bersamanya ketika kejadian namun mangsa tidak pernah bertemu dengan suspek sebelum itu.