KUALA LUMPUR: Satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggulingkan kerajaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata sebanyak empat laporan polis diterima berhubung dakwaan berkenaan.
"Kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Razarudin mengesahkan empat individu telah dipanggil hari ini bagi dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Taatacara Jenayah berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan.
Empat individu itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop, Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo), Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan Mohamad Salim Iskandar, katanya.
Beliau berkata sejumlah 145 laporan polis diterima berkaitan isu berkenaan.
Pada 30 Dis lepas, Ismail dilaporkan mendakwa 'Langkah Dubai' timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Replika naga dihiasi bendera China, polis buka kertas siasatan
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung video dan gambar yang tular di media sosial mengenai replika naga yang dihiasi dengan bendera negara China.

KPDN buka kertas siasatan kilang roti disyaki salah guna logo halal
KPDN membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah guna logo halal.

Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan
Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini.

Pusat perniagaan GISB di Rawang diserbu, 10 individu diperiksa
Operasi yang bermula jam 6.30 pagi itu turut membabitkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Polis buka kertas siasatan kes resit tertera perkataan hina Islam
Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar resit pembelian makanan segera yang tertera perkataan menghina Islam di sebuah restoran makanan segera di Taman Inderawasih, Perai.

PRK Sungai Bakap: Polis buka dua kertas siasatan
Polis Pulau Pinang membuka satu lagi kertas siasatan berhubung kesalahan mengedar risalah yang menyalahi undang-undang pada kempen PRK Sungai Bakap.

Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin Nasution
Satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.

Polis buka kertas siasatan dakwaan PN cuba rasuah Agong - KPN
Polis berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PRN: Polis Kelantan buka empat kertas siasatan
Polis Kelantan telah membuka empat kertas siasatan yang berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), sepanjang kempen PRN hingga semalam.

Polis buka kertas siasatan dakwaan buli pelajar sekolah
Kedua-dua pelajar lelaki berusia 16 tahun dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan.