KUALA LUMPUR: Polis belum menerima permohonan rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur bagi mengesan Aliff Awang yang dikenali sebagai Opai bagi membantu siasatan berhubung isu nombor pendaftaran 'QPA1' yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.
Nombor pendaftaran berkenaan dilihat dipaparkan di kenderaan mewah tersebut dan difahamkan sehingga kini, Opai yang merupakan suami kepada pelakon Fatin Afeefa belum hadir ke pejabat JPJ untuk dirakam keterangan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata beliau telah dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur Erick Jusiang secara lisan berhubung perkara itu, baru-baru ini.
"Beliau (Erick) ada memaklumkan perkara itu kepada saya, namun setakat ini, belum ada permohonan rasmi dibuat.
"Apabila kami sudah menerima permohonan tersebut, pihak polis akan memanggil individu berkenaan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada Operasi Hormat Undang-Undang Jalanraya Polis Kuala Lumpur di Bukit Bintang hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan JPJ akan meminta bantuan polis bagi mengesan Opai untuk membantu siasatan berikutan masih belum hadir dalam tempoh 14 hari ke pejabat JPJ meskipun notis panggilan temu siasat sudah diserahkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Nombor pendaftaran berkenaan dilihat dipaparkan di kenderaan mewah tersebut dan difahamkan sehingga kini, Opai belum hadir ke pejabat JPJ untuk dirakam keterangan. - Gambar fail/Gempak
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Polis selesai rekod keterangan suami Fatin Afeefa
Polis telah merekodkan keterangan Opai selepas mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada sebuah kereta McLaren.

Polis belum terima permohonan JPJ untuk kesan suami Fatin Afeefa, Opai
Polis belum menerima permohonan rasmi daripada JPJ Kuala Lumpur bagi mengesan Aliff Awang yang dikenali sebagai Opai.