KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula hari ini bagi membantu kes jemaah haji terkandas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sebanyak 40 pegawai dan anggota daripada pasukan khas memulakan tugas selama 11 hari, beroperasi dari 8 pagi dan tamat pada 12 tengah malam, 21 Jun.
"Pasukan ini akan memberi kemudahan kepada jemaah haji yang terkandas sama ada terkandas di KLIA sebelum berlepas ke Arab Saudi mahupun jemaah haji yang terkandas di Arab Saudi dan tidak dapat mengerjakan haji.
"Mereka ini akan menerima laporan daripada jemaah haji terlibat, mengenal pasti kesalahan telah berlaku mengikut lunas undang-undang, selain menyalurkan semua laporan kepada agensi yang terbabit supaya siasatan dapat dijalankan," katanya pada sidang media di pejabat JSJK di sini hari ini.
Ramli berkata pihaknya turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Bagaimanapun, Ramli berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai jemaah haji yang terkandas di KLIA.
Sementara itu, Ramli berkata statistik jenayah komersial mencatatkan peningkatan tiga peratus iaitu 14,051 kes dalam tempoh enam bulan tahun ini berbanding 13,695 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata nilai kerugian juga menunjukkan trend sama dengan peningkatan sebanyak 32 peratus iaitu RM959,041,692 berbanding tahun lepas yang mencatatkan nilai kerugian sebanyak RM728,846,238.
"Purata 92 kes jenayah komersial dicatatkan sehari. Peningkatan jumlah kes ini bagaimanapun dapat ditangani sewajarnya oleh jabatan ini melalui kadar pertuduhan lebih baik berbanding 2023.
"Ini dapat dilihat melalui sejumlah 6,531 kertas siasatan telah dituduh sehingga minggu ke-22 tahun ini dan jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding 5,643 kertas siasatan yang dituduh bagi tempoh sama 2023," katanya.
Beliau berkata trend peningkatan kes dan nilai kerugian ini merupakan satu petanda bahawa usaha lebih giat perlu dilaksanakan untuk membanteras kegiatan jenayah komersial.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Ramli menunjukkan 18 individu yang telah ditahan bagi sindiket penipuan Pelaburan Industri Kecil dan Sederhana Sabah pada sidang media khas Pengarah JSJK di Menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini. --fotoBERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Polis bongkar makmal haram proses cecair vape mengandungi dadah di Seri Kembangan
Tujuh suspek termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.