Polis akan meneruskan siasatan terhadap kematian Muhammad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, pelajar sebuah sekolah tahfiz di Kota Tinggi, yang melibatkan suspek seorang pembantu warden.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis tidak menghentikan siasatan ke atas kes itu.
Ini berikutan pihaknya masih perlu mengemukakan kertas siasatan laporan kepada timbalan pendakwa raya berdasarkan penemuan terbaru daripada Kementerian Kesihatan.
"Jangan tutup. Tak tutup. Kita teruskan juga. Kita akan minta nasihat daripada timbalan pendakwa raya. Dan biar mereka buat keputusan," katanya pada majlis serah terima tugas antara beliau dan SAC Azman Ayob hari ini.
Azman, bekas Ketua Polis Daerah Muar, dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Beliau mengambil alih jawatan Kamarul Zaman kini dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pelucutan/Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas antara Azman dan Kamarul Zaman berlangsung di Dewan Dato' Onn IPK Johor disaksikan Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
Kamarul Zaman yang merupakan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Johor berkata, siasatan terhadap pembantu warden berusia 29 tahun itu masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, laporan perubatan yang dijalankan satu jawatankuasa terdiri daripada pakar perunding forensik yang mahir, perlu dihantar kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk kajian oleh pendakwa raya.
Laporan tersebut akan dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa Raya pada minggu ini.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan keputusan bedah siasat terhadap Muhammad Thaqif menunjukkan kematiannya berpunca daripada penyakit.
Katanya, kematian pelajar itu berpunca daripada jangkitan kencing tikus (Leptospirosis) dan bukannya akibat cedera dirotan pembantu warden seperti yang tular di media sosial sebelum ini.
Muhammad Thaqif meninggal dunia pada 26 April selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan dipukul pembantu warden asrama sekolah tahfiz itu.
Susulan kes itu, polis menahan pembantu warden itu untuk membantu siasatan, bagaimanapun dia dibebaskan pada 3 Mei lalu dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000.
Shahrul Hassan
Tue Jul 11 2017
![Polis akan teruskan siasatan kes Muhammad Thaqif Polis akan teruskan siasatan kes Muhammad Thaqif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61499750506_KetuaPolisJohorDa.jpg)
Wan Ahmad Najmuddin menyaksikan Kamarul Zaman (kiri) menyerahkan dokumen kepada Azman (kanan) di IPK Johor hari ini. --fotoBERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Suspek utama kes bunuh Bella akan didakwa esok - Polis Suspek utama kes bunuh Bella akan didakwa esok - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704862421_KamarulZamanMamat.jpg)
Suspek utama kes bunuh Bella akan didakwa esok - Polis
Suspek utama kes kehilangan ibu tunggal Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pada Rabu.
![Dua beranak antara tiga ditahan dipercayai terlibat sindiket edar dadah Dua beranak antara tiga ditahan dipercayai terlibat sindiket edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705471033_TBDATUKKAMARULZA.jpg)
Dua beranak antara tiga ditahan dipercayai terlibat sindiket edar dadah
Ibu dan anak merupakan antara tiga individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah.
![Polis Johor tumpaskan 16 sindiket edar dadah Polis Johor tumpaskan 16 sindiket edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695897330_TBkamarulzaman.jpg)
Polis Johor tumpaskan 16 sindiket edar dadah
Polis Johor berjaya menumpaskan 16 sindiket pengedaran dadah dengan 98 tangkapan di negeri ini, sepanjang tahun lalu.
![Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701228939_TBDATUKSINDIKETD.jpg)
Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.
![Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701055394_TBDadahjpg.jpg)
Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pelupusan itu akan dilakukan hari ini di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.
![Polis terima tiga laporan scam babit kerugian lebih RM1 juta Polis terima tiga laporan scam babit kerugian lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695897330_TBkamarulzaman.jpg)
Polis terima tiga laporan "scam" babit kerugian lebih RM1 juta
Polis menerima tiga laporan berhubung penipuan pelaburan dan penipuan "phone scam" melibatkan kerugian berjumlah lebih RM1.41 juta pada Rabu lepas dan semalam.
![Polis Johor terima tiga laporan penipuan, kerugian lebih RM1 juta Polis Johor terima tiga laporan penipuan, kerugian lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695897330_TBkamarulzaman.jpg)
Polis Johor terima tiga laporan penipuan, kerugian lebih RM1 juta
Polis Johor menerima tiga laporan berhubung penipuan pelaburan dan penipuan 'phone scam' melibatkan kerugian berjumlah lebih RM1 juta.
![Ketua Polis Johor jadi sasaran scammer Ketua Polis Johor jadi sasaran scammer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693208199_KamarulZamanMamat.jpg)
Ketua Polis Johor jadi sasaran scammer
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengakui pernah cuba diperdaya oleh scammer yang menyamar sebagai pihak berkuasa baru-baru ini.
![Kertas siasatan insiden gaduh DIBW sedang dilengkapkan Kertas siasatan insiden gaduh DIBW sedang dilengkapkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695618482_ditahan.jpg)
Kertas siasatan insiden gaduh DIBW sedang dilengkapkan
Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi.
![153 individu ditahan terlibat judi dalam talian 153 individu ditahan terlibat judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695897330_TBkamarulzaman.jpg)
153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.