Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong), ahli perniagaan Koon Yew Yin dan penceramah bebas, Dr Zakir Naik, untuk disoal siasat berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan mereka secara berasingan sebelum ini.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan pada Khamis berkata langkah tersebut diambil ekoran beberapa laporan polis telah dibuat ke atas mereka dan siasatan sedang dijalankan.
Beliau berkata pihak polis kini sedang mengambil tindakan tegas terhadap pelbagai pihak yang menyebarkan berita palsu serta mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat berbilang bangsa di Malaysia.
"Setakat ini, beberapa individu lain juga telah dipanggil untuk disoal siasat dan ada yang sedang dalam pemerhatian PDRM," katanya.
Muhyiddin berkata tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mendakwa mereka yang terlibat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan jika terdapatbukti yang mencukupi.
"PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau kenyataan yang dibuat yang didapati mampu mengeruhkan keadaan terutama di media sosial," katanya yang turut menasihatkan pengguna agar menggunakan media sosial secara berhemah.
Muhyiddin berkata agensi penguatkuasaan di bawah KDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja termasuk bukan warganegara Malaysia yang cuba mengganggu-gugat keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.
"Semua pihak perlu berhenti mengeluarkan kenyataan berbentuk andaian. Sebaliknya perlu menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa sebelum membuat ulasan tentang sesuatu kejadian.Ini bagi mengelakkan sebarang kenyataan berbentuk fitnah atau tuduhan melulu," katanya.
Muhyiddin juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kenyataan atau komen berunsur fitnah, perkauman atau hasutan, agar melaporkannya kepada pihak berkuasa dengan menghantar rakaman skrin kepada akaun media sosial rasmi PDRM; Facebook: facebook.com/PolisDirajaMalaysia ; Instagram: instagram.com/pdrmsia_official ; Twitter: twitter.com/PDRMsia dan Youtube: youtube.com/user/PDRMsia
"Malaysia adalah sebuah negara majmuk terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan setiap rakyat seharusnya menghormati kepelbagaian dan meraikan perbezaan yang ada di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 15 2019
![Polis akan panggil Dong Zong, Koon Yew Yin, Zakir Naik - Muhyiddin Polis akan panggil Dong Zong, Koon Yew Yin, Zakir Naik - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553169019_MenteriDalamNegeri.jpg)
MUHYIDDIN: Setakat ini, beberapa individu lain juga telah dipanggil untuk disoal siasat dan ada yang sedang dalam pemerhatian PDRM.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![PM digesa tolak tuntutan Dong Zong PM digesa tolak tuntutan Dong Zong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670973618_DatukZainalAbidin.jpg)
PM digesa tolak tuntutan Dong Zong
Tuntutan Dong Zong untuk mengiktiraf UEC adalah bertentangan dengan aspirasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
![Dong Jiao Zong akui pembelajaran tulisan Jawi bukan bermotif Islamisasi - Mujahid Dong Jiao Zong akui pembelajaran tulisan Jawi bukan bermotif Islamisasi - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71579096707_JabatanPerdana.jpg)
Dong Jiao Zong akui pembelajaran tulisan Jawi bukan bermotif Islamisasi - Mujahid
Dong Jiao Zon bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK bukan bertujuan untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam.
![Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578912394_tunm.jpg)
Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mendapati terlampau banyak permasalahan dalam Kementerian Pendidikan.
![Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41578621891_DatukDrHussamuddin.jpg)
Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia
Hussamuddin menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.
![Jawi: Dong Jiao Zong serah memorandum, mahu berjumpa Menteri Pendidikan Jawi: Dong Jiao Zong serah memorandum, mahu berjumpa Menteri Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41577434238_TBDONGZONG.jpg)
Jawi: Dong Jiao Zong serah memorandum, mahu berjumpa Menteri Pendidikan
Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan berhubung pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran.
![GAMIS desak Dong Zong diharamkan GAMIS desak Dong Zong diharamkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51577873557_Gamis.jpg)
GAMIS desak Dong Zong diharamkan
Desakan itu disuarakan dalam Himpunan Bangkit Pertahan Jawi, Haramkan Dong Zong yang berlangsung di ibu negara, pada Rabu.
![Persidangan Dong Zong sepatutnya dibenarkan - Suhakam Persidangan Dong Zong sepatutnya dibenarkan - Suhakam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551927107_suhakam.jpg)
Persidangan Dong Zong sepatutnya dibenarkan - Suhakam
Suhakam menegaskan, hak kebebasan berhimpun dan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
![5 topik untuk sembang hari ini 5 topik untuk sembang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577483498_TBTOPIK.jpg)
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
![17 persatuan Cina tidak puas hati tindakan polis 17 persatuan Cina tidak puas hati tindakan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51577529454_persatuanCina.jpg)
17 persatuan Cina tidak puas hati tindakan polis
Sebanyak 17 persatuan Cina melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis memohon perintah larangan daripada mahkamah terhadap Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina yang dijadualkan hari ini.
![5 topik untuk sembang hari ini 5 topik untuk sembang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577483498_TBTOPIK.jpg)
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.