Polis akan memohon waran tangkap ke atas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos selain memperhebatkan tindakan mengesannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pihaknya telah memberikan masa yang cukup untuk Jamal memberi kerjasama dalam semua siasatan dan prosedur yang sedang dijalankan, namun beliau masih gagal untuk memberikan respon sepatutnya.
Malah, Fadzil berkata Jamal sentiasa cuba berdolak dalik dalam kenyataan viral yang dilakukannya.
"Pihak polis telah menjalankan tindakan mengikut peruntukan undang undang dalam menangani kes- kes yang melibatkan Jamal.
"Setakat ini terdapat baki enam kes yang disiasat melibatkan Jamal selain tiga kes yang telah dituduh di Hospital Ampang Putri pada 25 Mei lalu," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, pengamal media yang menunggu kehadiran Jamal di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hampa selepas beliau tidak muncul untuk menyelesaikan proses ikat jaminnya.
BACA: Mana Jamal Yunos? Hanya peguam hadir di IPD Ampang Jaya
BACA: Jamal Yunos sembunyi di ladang kelapa sawit?
Semalam, Jamal menerusi satu rakaman suara yang diedarkan kepada media mendakwa beliau akan hadir ke IPD Ampang Jaya hari ini bagi menyempurnakan proses berkenaan.
Sementara itu, Jamal dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau akan tampil ke balai polis untuk menyempurnakan dokumentasi jaminan, namun berharap pihak polis akan memberikan sedikit masa kepadanya.
Beliau mendakwa terdapat usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu yang berkuasa mengarahkan pihak polis untuk mengenakan beliau dalam apa jua keadaan walaupun pihak polis memberi jaminan bahawa beliau cuma diperlukan untuk melengkapkan dokumentasi jaminan polis.
"Saya bukan menolak pelaksanaan undang-undang terhadap saya tetapi apabila nama saya disenarai hitam oleh Imigresen dan diletakkan dalam pemerhatian polis sebagai orang yang merbahaya sehingga mengikut maklumat saya akan ditahan di bawah akta yang tidak memungkinkan saya akan dilepas dengan jaminan.
"Cara undang-undang melayan saya seolah-olah saya bukan seorang warganegara yang dijamin hak serta kepentingan mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Turut diedarkan kepada media satu rakaman video memaparkan Jamal berpakaian t-shirt dan topi hitam berada di kawasan ladang kelapa sawit yang tidak diketahui lokasi dan dalam video berdurasi tujuh minit dan 37 saat itu beliau memberi penjelasan berhubung ketidakhadirannya di IPD Ampang Jaya serta dakwaan ke atas beliau.
Pada Jumaat lepas, Jamal dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.
Prosiding pendakwaan Jamal, 48, yang dituduh melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di sini, tahun lepas, dijalankan di Hospital Pakar Ampang Puteri berikutan beliau sedang dirawat di hospital itu bagi masalah sakit belakang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 30 2018
GAMBAR FAIL: Jamal Md Yunos (tengah) hadir di Mahkamah Seksyen Ampang hari ini bagi menghadapi pertuduhan menggunakan kekerasan dalam satu kejadian di Ampang Point, pada 13 November tahun lepas. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Kebenaran rayu penghakiman Jamal ditolak, perlu bayar Kok RM300,000
Hal itu susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan Jamal untuk kebenaran merayu penghakiman dalam saman libel yang difailkan Kok.
KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa PAU 202
Mahkamah tolak permohonan Jamal gantung penghakiman saman fitnah Teresa Kok
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Jamal untuk menggantung perlaksanaan penghakiman yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok
Pengundi hantu: Jamal Yunos tuduh perbuatan 'orang upahan' KJ
Khairy berkata beliau difahamkan tag kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telahpun ditanggalkan.
Najib sihat, mahu BN menang PRU15 - Nooryana
Nooryana Najwa berkata, bapanya itu yakin dan percaya hanya BN sahaja sebuah parti yang mampu memperjuangkan nasib rakyat dan boleh transformasi negara lebih maju pada masa depan.
PRU15: Jamal belum diisytihar bankrap, masih boleh jadi calon - Peguam
Peguamnya berkata, anak guamnya boleh mengemukakan borang pencalonan tanpa sebarang masalah dan beliau layak menjadi calon.
Jamal Yunos keluar hospital, bebas kanser paru-paru
Jamal memaklumkan dirinya pulih sepenuhnya dari penyakit kanser paru-paru tahap empat yang dihidapi sebelum ini berdasarkan pemeriksaan susulan oleh pihak hospital.
Tak pernah berhasrat jadi calon PRU15 - Naib Canselor UUM
Menurutnya, proses untuk membangunkan dan memajukan UUM adalah fokus utama beliau ketika ini.
Jamal Yunos bebas tuduhan muat naik video kenyataan jelik di Facebook
Mahkamah melepas dan membebaskan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos daripada dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook.
Jamal mahu fail notis rayuan kes saman fitnah Teresa
Jamal berkata, beliau akan memfailkan notis rayuan selepas mendapat nasihat peguam baharu yang dilantiknya.