Operasi menjejaki Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang dipercayai melarikan diri ke luar negara akan terus dipergiatkan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan terus mempergiatkan usaha mengesan dua individu terbabit.
“Kita percaya kedua-dua individu ini telah meninggalkan negara ini. Justeru itu kita akan bekerjasama dengan polis luar termasuk Interpol bagi mengesan kedua-kedua mereka ini,” katanya selepas menyertai Operasi Bersepadu JIM di Jalan Petaling di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau juga menasihatkan Jamal dan Musa agar menyerah diri kerana pihak berkuasa akan mendapatkan dua individu terbabit tidak kira di mana mereka berada.
Dalam pada itu Muhyiddin turut meluahkan rasa kecewanya atas kecuaian pihak polis hingga menyebabkan Jamal boleh melarikan diri dari hospital.
Katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun agar memastikan perkara seumpama itu tidak berlaku lagi selepas ini.
"Saya rasa kecewa, macam kes Jamal, macam mana dia boleh terlepas lari dari hospital. Saya kesal ia terjadi. (Itu) bermakna ada kecuaian dan saya tak boleh biarkan perkara itu berlaku," katanya lagi.
Mohamad Fuzi sebelum ini mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini.
Waran itu dikeluarkan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.
Pada Jumaat lepas, Jamal dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya dikatakan disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.
Sementara itu, media tempatan melaporkan Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah telah melarikan diri ke luar negara selepas didakwa mengugut Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Mengulas mengenai operasi yang dilakukan oleh JIM, Muhyiddin menjelaskan seramai 170 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu di sekitar ibu negara, hari ini.
Muhyiddin berkata, operasi yang bermula pukul 4 petang itu turut memeriksa seramai 330 warga asing.
"Kesemua yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan imigresen antaranya tidak memiliki permit yang sah dan lain-lain kesalahan.
"Apa yang dilakukan ini adalah sebahagian untuk membanteras masalah PATI demi kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan negara ini," katanya.
Turut serta dalam operasi tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jun 01 2018
Muhyiddin menasihatkan Jamal dan Musa agar menyerah diri kerana pihak berkuasa akan mendapatkan dua individu terbabit tidak kira di mana mereka berada. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
Wanita diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam kerana tinggal anak tanpa jagaan
Seorang ibu hari ini diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, kerana mengabaikan tiga anaknya.
Remaja keperluan khas, bapa saman sekolah swasta kerana cuai
Seorang remaja lelaki berkeperluan khas warga Syria dan bapanya memfailkan saman terhadap sebuah sekolah swasta antarabangsa di Mont Kiara.
Tiada tolak ansur terhadap pegawai awam cuai, terlibat rasuah - KSN
Tiada tolak ansur diberikan kepada mana-mana pegawai awam yang didapati 'cuai' dalam menjalankan tugas dengan 'mengutip habuan' dan 'menetapkan kos tambahan'.
Pekerja maut, syarikat pembinaan didenda RM38,000
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda.
Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
Bapa akui cuai, tertidur punca dua anak kecil berkeliaran waktu malam
Seorang bapa mengakui disebabkan kecuaiannya tidur terlalu lena menjadi punca dua anak perempuan berusia satu dan tiga tahun berkeliaran tanpa pengawasan di sekitar Kampung Melayu Kulai di Kulai.
Lelaki maut dihempap traktor di Beaufort
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Abdul Hamid Rajja, 69 tahun, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.
Ibu bapa 'galak' berlumba, anak maut kemalangan
Royce yang berada di tempat duduk kanak-kanak mati di tempat kejadian, namun ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tragedi pelanggaran bot Hungary, perbicaraan kapten kapal bermula
Yuriy Chaplinsky, warga Ukraine, didakwa dengan tuduhan membahayakan aliran trafik di air dan gagal memberikan bantuan.