KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, yang meninggal dunia dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Perak, malam tadi.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau hari ini, Ismail Sabri mendoakan agar keluarga mangsa tabah dalam menghadapi dugaan itu.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan roh orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Ismail Sabri turut mendoakan agar seorang lagi jurulatih penerbangan Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, yang cedera dalam nahas sama diberikan kesembuhan segera.
Dalam insiden kira-kira 8 malam itu, pesawat ringan Piper 28 terhempas di tepi jalan raya berhampiran Sungai Rokam, Medan Gopeng meragut nyawa Fajim Juffa yang berasal dari Semenyih, Selangor manakala Muhammad Din Fikri dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera.
BACA: Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera pesawat ringan terhempas di Ipoh
Kedua-dua jurulatih penerbangan itu dilaporkan berlepas dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022

Ismail Sabri mendoakan agar keluarga mangsa tabah dalam menghadapi dugaan itu. - Facebook Ismail Sabri

Polis kesan tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai
Polis giat mengesan tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, semalam.

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.
AWANI Pagi: Refugees in ASEAN, a shared responsibility
Refugees across Southeast Asia face uncertain futures, with no unified ASEAN policy to protect them. How should the region respond? What can be done to ensure their rights and dignity are upheld? Join us with Dr. Aslam Abdul Jalil from Universiti Malaya as we explore the challenges, policies, and future of refugees in ASEAN. Are we doing enough, or is it time for a stronger collective effort?

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Pesawat tentera AS terhempas di Teluk San Diego
Dua juruterbang berjaya diselamatkan selepas jet pejuang itu terhempas ke dalam air di kawasan Shelter Island.

Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.

4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.

Pesawat terhempas di Sudan Selatan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.

Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.

Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.