Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelaksanaan projek pembangunan bercampur yang membabitkan pembinaan 2,500 unit kediaman dan komersil, termasuk 749 unit yang dikhususkan kepada Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), bernilai RM1.02 bilion di sini.
Beliau turut mengumumkan dua lagi pembangunan dalam bandar di Lembah Silikon Malaysia ini yang terdiri daripada projek pembinaan masjid bernilai RM62 juta dan rancangan pembangunan Cyberjaya City Centre yang bernilai kira-kira RM6 bilion.
Najib berkata beliau sentiasa menekankan kepada usaha memastikan bahawa kos rumah untuk rakyat dalam kategori profesional dan berpendapatan sederhana, perlu berada dalam lingkungan harga yang mampu dimiliki mereka.
"Kita tidak boleh membiarkan pasaran menentukannya, dan kerajaan boleh melakukan intervensi secara positif dalam perkara ini," katanya semasa berucap pada majlis pecah tanah Masjid Cyberjaya itu hari ini.
Beliau berkata unit kediaman PR1MA yang ditawarkan pada harga antara RM220,000 dan RM250,000 itu nanti akan membolehkan pemiliknya mendapat peningkatan nilai tambah aset secara serta merta.
"Inilah usaha yang dilakukan kerajaan, selain memberi peluang kepada orang ramai memiliki rumah, ini juga mesti dilihat sebagai saha menjana kekayaan kepada rakyat," katanya.
Pembangunan bercampur di kawasan seluas 50 hektar yang terletak di Cyber 9 itu dibahagikan kepada empat fasa, dan ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2016, dengan fasa pertama bermula tidak lama lagi.
Merujuk kepada pembangunan masjid pula, perdana menteri berkata masjid yang boleh memuatkan 8,500 jemaah itu bakal menjadi masjid pertama di Malaysia yang direka mengikut garis panduan MS1525 dan Green Building Index yang menekankan kepada penggunaan bahan binaan mesra alam dan tenaga efisien.
Najib berkata ia bukan saja mencerminkan gambaran Islam sebagai agama persekutuan dan pengabdian kepada Allah, tapi juga melambangkan Islam sebagai agama progresif yang menekankan kepada penguasaan ilmu dan teknologi.
Masjid seluas 95,000 kaki persegi di atas kawasan seluas 6.9 hektar itu juga akan dilengkapi dengan sebuah dewan serbaguna serta pelbagai kemudahan lain, dan ia dijangka siap pada tahun 2015.
Cyberjaya City Cente pula meliputi pembangunan di kawasan seluas 57 hektar dengan nilai kasar pembangunannya sekitar RM6 bilion, bagi menyokong pembangunan bandar Cyberjaya yang menyediakan unit-unit bangunan komersil, kediaman dan pejabat korporat.
Ia dibangunkan oleh Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) dengan kerjasama SP Setia Bhd.
Najib berkata Cyberjaya yang menjadi hab ICT negara merupakan antara komponen penting kepada pencapaian objektif dan matlamat Pelan Transformasi Ekonomi Negara yang diusahakan kerajaan.
Beliau berkata kini Cyberjaya menjadi pilihan kepada lebih 700 syarikat, termasuk 35 syarikat multinasional untuk menempatkan pangkalan operasi mereka, dan menurutnya kehadiran syarikat-syarikat yang berteraskan ICT ini banyak membantu mencetuskan suasana dan persekitaran yang inovatif serta kreatif di Cyberjaya.
Bagaimanapun perdana menteri menekankan bahawa usaha membangunkan Cyberjaya sebagai bandar silikon termoden hanya akan menjadi kenyataan sekiranya kerajaan Barisan Nasional terus diberi mandat menerajui negara.
Beliau bimbang usaha itu turut terbantu jika isu air (pelaksanaan projek loji air Langat 2) di Selangor sejak sebelum pembubaran Dewan Rakyat lagi tidak selesai ekoran kerajaan pimpinan pakatan pembangkang di negeri itu enggan memberi bekerjasama.
"Semua ini untuk manfaat rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kalau masalah ini tidak dapat diselesaikan ia akan menggagalkan lakaran impian indah yang saya gambarkan untuk Cyberjaya," katanya.
Perdana menteri yakin sebagai rakyat yang mementingkan pembangunan masa depan negara yang cerah dan makmur, pastinya rakyat akan membuat pemilihan tepat terus menyokong BN pada pilihan raya umum nanti.
Sementara itu Pengerusi Cyberview Sdn Bhd Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kesinambungan kerajaan pimpinan Najib penting dari segi fasiliti infrastruktur yang akan dibina kerajaan, terutama pembekalan air bersih untuk industri ICT di sini.
Cyberview dalam satu kenyataan berkata pembangunan di kawasan itu secara keseluruhannya dalam tempoh lima tahun akan datang dijangka sekitar RM20 bilion, dengan RM8 bilion membabitkan pelaburan pihaknya. Jumlah pelaburan di Cyberjaya sejak 1997 sehingga kini ialah RM32 billion.
Cyberview merupakan syarikat milik kerajaan yang dibangunkan pada tahun 1996 sebagai pemilik tanah di Cyberjaya, bandar ICT di Lembah Silikon Malaysia yang merupakan agenda utama dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia negara (MSC Malaysia).
Bernama
Fri Apr 05 2013
![PM umum tiga inisiatif pembangunan di Cyberjaya bernilai lebih RM6 bilion PM umum tiga inisiatif pembangunan di Cyberjaya bernilai lebih RM6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365146586_295x200.jpg)
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![PM umum tiga inisiatif pembangunan di Cyberjaya bernilai lebih RM6 bilion PM umum tiga inisiatif pembangunan di Cyberjaya bernilai lebih RM6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365146586_295x200.jpg)
PM umum tiga inisiatif pembangunan di Cyberjaya bernilai lebih RM6 bilion
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelaksanaan projek pembangunan bercampur yang membabitkan pembinaan 2,500 unit kediaman.