Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan sebanyak 80,000 unit rumah Rakyat 1Malaysia, PR1MA untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang.
Beliau berkata, pembinaan perumahan mampu milik itu akan dilaksanakan di dua kawasan strategik tidak lama lagi.
50,000 projek PR1MA akan dibina di Lembah Klang manakala 30,000 lagi dibina di Kuala Lumpur.
"Ini bererti 80,000 unit kesemuanya yang akan dilaksanakan di bawah identiti rumah mampu milik," katanya ketika berucap melancarkan PR1MA Alam Damai Cheras di sini.
Perdana Menteri memberi jaminan semua harga rumah yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran dan mampu dibeli oleh kumpulan sasar iaitu mereka yang mempunyai pendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 sebulan.
Beliau mahu rakyat melihat PR1MA bukan semata-mata untuk memiliki kediaman sahaja, sebaliknya turut memikirkan mengenai pulangan pelaburan yang memanfaatkan mereka pada masa akan datang.
Tambahnya, kerajaan sentiasa memastikan PR1MA dilengkapi dengan kemudahan lain terutama akses pengangkutan awam dalam usaha mengelak kesesakan jalan raya.
PR1MA Alam Damai merupakan projek permulaan di Lembah Klang yang merangkumi 2,070 unit rumah khusus untuk golongan berpendapatan sederhana.
Astro Awani
Sun Mar 10 2013
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sejuta rumah mampu milik akan dibina dalam lima tahun
Sebanyak sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit di bawah projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan dibina dalam tempoh lima tahun.
PM umum pembinaan 80,000 unit rumah mampu milik di Lembah Klang, KL
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan sebanyak 80,000 unit rumah Rakyat 1Malaysia, PR1MA untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang.