SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-75, hari ini.
Anwar turut mendoakan Tuanku Mukhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
"Semoga Duli Tuanku kekal qarar (tenang) memerintah rakyat Negeri Sembilan dengan adil dan saksama.
"Dirgahayu Tuanku," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasminya, hari ini.
Anwar berkata beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.
Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik mendahului senarai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat dengan dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini bagi sesi pertama, sesi kedua pada 31 Jan dan sesi ketiga pada 7 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Anwar turut mendoakan Tuanku Mukhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Israel bebaskan 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dalam pertukaran tawanan
Ratusan rakyat Palestin berhimpun di sekitar Ramallah untuk menyambut kepulangan tahanan yang dibebaskan, sambil mengibarkan bendera Palestin.
Operasi pengusiran: Komuniti imigran di AS resah
Pentadbiran Donald Trump mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan sekurang-kurangnya 1,800 penangkapan pendatang tanpa izin setiap hari, menyebabkan komuniti imigran gelisah dan tidak dapat hidup tenang.
Gencatan senjata: Rakyat Palestin bersiap terima rawatan di luar negara
Nariman Shekshek gembira anakanya akan menerima rawatan, namun dia menyuarakan kebimbangan untuk meninggalkan anak-anaknya yang lain.
Mayat, sisa pesawat kecil terhempas berselerakan
Pada masa sama, rakaman video oleh saksi turut menunjukkan mayat serta anggota badan berselerakan di jalan serta dalam rumah berdekatan.
Agensi PBB akan terus beri bantuan kepada Gaza
UNRWA tidak menerima sebarang arahan rasmi daripada pihak berkuasa Israel tentang bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan larangan tersebut.
Barangan runcit dan lembu seludup bernilai lebih RM700,000 dirampas
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dan barangan runcit dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM706,750 dalam dua serbuan berasingan.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Pembelian 30 pesawat pejuang jenis F/A-18C D Hornet terpakai dari Kuwait dijangka dimuktamadkan tahun ini.
Jawatan presiden, timbalan presiden mungkin tak dipertandingkan
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Daerah Beluran pulih sepenuhnya dan semua PPS ditutup 6 petang tadi, menjadikan hanya sembilan PPS dibuka di empat daerah di Sabah.
Tuanku Muhriz saksi perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan
Lebih 80 kontinjen merangkumi 5,000 peserta terlibat pada perbarisan sambutan yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban(MBS).
Enam muka baharu antara 10 Exco Negeri Sembilan
Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu bermula jam 10.15 pagi.
PM ucap tahniah sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar berkata beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.
Razali ketuai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Kaji dasar sekat anak pelarian dapat pendidikan formal - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir gesa kerajaan mengkaji semula dasar yang menyekat kanak-kanak pelarian untuk mendapat akses kepada pendidikan formal.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 bersidang secara rasmi pada Selasa
Mesyuarat tersebut akan berlangsung selama dua jam selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 Jun lalu.
Terus usaha realisasi agenda ketiga SDG - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz titah agar pengamal perubatan, termasuk anggota WONCA, terus berusaha bagi merealisasikan agenda ketiga Pembangunan Mampan.
Tuanku Muhriz nasihat rakyat Negeri Sembilan rai Aidilfitri secara sederhana
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya rakyat negeri ini meraikan sambutan Aidilfitri secara sederhana berikutan suasana ekonomi negara yang
Tuanku Muhriz gesa kepimpinan kerajaan, rakyat bersatu pertahan negara
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya kepimpinan kerajaan dan rakyat bersatu dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara.
Darjah Kebesaran Negeri Sembilan Pengarah Urusan Ritz Corporate Holding Berhad ditarik balik
Ia membabitkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Datuk kepada Ibrahim pada 14 Jan lepas.